pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, January 16, 2013

Tu Dia !!! Kisah Si Ambiga Junior Bawani, Zohra Jabeen Dan Mahasiswa UUM



Listen..Listen...Listen....

Dalam sekelip mata nama mahasiswi dari UUM, Bawani dan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia, Zohra Jabeen popular di alam siber ini..Semuanya gara-gara satu rakaman yang dikeluarkan oleh portal My Mahasiswa yang berlangsung di UUM yang bertajuk "SEIRINGKAH MAHASISWA DAN POLITIK"..

Untuk melihat rakaman isu yang diputarkan boleh rujuk video di bawah... petikan ini Pisau Kedah ambil dari blog Harapan-Esok


Isu pokoknya adalah Zohra Jabeen menyekat suara Bawani yang ketika itu sedang menyatakan pendapatnya..Bagi aku apa yang dilakukan Bawani itu tidak salah kerana memang kita dialu-alukan untuk menyatakan pendapat...

Bawani agak beremosi ketika menyatakan pendapat dan isu yang dibawa hanyalah PTPTN...apa yang Bawani ini katakan ialah PTPTN ditubuhkan pada tahun 1997 yang mana ketika itu Anwar Ibrahim masih dalam kerajaan Barisan Nasional...Anwar juga merupakan salah seorang yang meluluskan penubuhan PTPTN...

Bawani meneruskan lagi bahawa peruntukan PTPTN sepanjang 15 tahun ini ialah 28 billion dan secara puratanya 2 billion bagi tempoh setahun..Ditambah pula dengan peruntukan MARA..biasiswa 1 Billion dan Private sector 1 billon..memandangkan harga barang makin meningkat maka kita minta 10 Billion untuk 1 tahun...

Isu yang dibawa tiada masalah tapi mengenai PTPTN sudah dijelaskan berulang kali yang kita hanya akan mendapat tukaran biasiswa jika mendapat keputusan kelas pertama 3.70-4.00 kalau tak silap aku..ini sahaja sudah membuktikan yang Kerajaan komited untuk melahirkan lebih ramai Pelajar yang cerdik pandai..

Kalau mahasiswa tidak mahu membayar PTPTN maka belajarlah betul-betul dan bukannya sertai demonstrasi jalanan yang tidak berfaedah tu...baring atas jalan terjerit-jerit tengahari buta 1 benda pun tak dapat...



Siapa Bawani?

Bawani ini pernah bertanding pada Pilihanraya Kampus di UUM yang lepas tetapi kalah kerana dia kurang mendapat sokongan dalam kalangan mahasiswa di UUM..

Dia ini proksi DAP dan PSM yang mana membawa suara-suara pembangkang ke dalam kampus..walaupun dia lantang bersuara tetapi tidak ada gunanya jika diri tu menentang kerajaan...kebebasa bersuara ada batasnya dan bukan suka-suka untuk melanggar...dengan berbekalkan fakta angka yang dangkal seolah-olah dia pakar dan mengetahui yang PTPTN ini wajar dimansuhkan...

PTPTN itu hutang...dan hutang wajib dibayar..buktikan pada aku ada tak agama yang menngalakkan orang lari dari bayar hutang?kalau ada beri jawapan agama apa yang galakka kita lari dari bayar hutang...duit yang diberi kepada anda semua itu duit rakyat...dan duit rakyat anda harus pulangkan semula...


PTPTN sudah mengalami beberapa perubahan..sebelum ini kadar interes adalah 3% dan dikurangkan kepada 1%...lagipun jika anda bekerja nanti apalah salahnya keluarkan RM50-100 sebulan untuk melangsaikan hutang...Beli telefon mahal-mahal boleh..beli mackup tebal boleh pula...beli rokok semua tu boleh pula..nak bayar hutang sebulan RM 50 pun seksa...


Walaupun Bawani ini lantang bersuara tapi dia membawa suara pembangkang...perjuangannya mirip kepada AMBIGA Jr...konon menegakkan demokrasi..tapi sebenarnya mereka mahu merampas kerajaan dan ni merupakan salah satu perjuangan pembangkang dengan meletakkan agen-agen mahasiswa disetiap Universiti...

Ternyata pembangkang dan mahasewel telah mengambil kesempatan ini sebagai satu advantage kepada mereka untuk menghidupkan sentimen perbalahan sesama siswa dan akhir sekali matlamat mereka adalah untuk menyokong Pakatan Rakyat pada PRU 13 ini...

Mahasiswa telah terikat dan diancam dengan krisis dan permainan politik pembangkang...jika mahasiswa tidak matang maka golongan ini akan mudah dipengaruhi..

Jika benar Anwar Ibrahim menyokong PTPTN dimansuhkan mengapa tidak dia lakukan ketika berada dalam KERAJAAN?

Jika PTPTN dimansuhkan siapa mahu bayar kembali HUTANG?dan apakah nasib pegawai-pegawai yang bekerja di PTPTN...pembangkang tidak fikirkan semua itu..yang mereka tahu hanya SOKONGAN walaupun terpaksa menipu... 

Siapa Syarifah Zohra?

Jika tidak kerana video ini, rata-rata kita tidak mengenali siapa Syarifah Zohra ini..populariti Zohra melonjak dalam sekelip mata...wanita berdarah kacukan Mamak ini tiba-tiba popular...Dia yang memikul beban sebagai Presiden Suara Wanita 1 Malaysia amat lantang bersuara tetapi tindakannya yang menghentikan suara Bawani harus ditegur...

Walaupun kenyataan Bawani itu tidak releven, sepatutnya dia kena memberi laluan sehingga Bawani habiskan ayat terakhir dan bukannya mencantas seperti itu...

Perangai seperti ini harus ditolak...lebih-lebih lagi dia memnggunakan label 1 Malaysia...jika letak sahaja label 1 Malaysia.maka yang akan menerima kesan ialah BN walaupun tiada larangan untuk menggunakan label 1 Malaysia...persepsi ini sengaja diracuni oleh pembangkang yang sentiasa mencari peluang memburuk-burukkan BN...


Fahaman Terhadap Pendirian Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin mengakui bahawa Zohra bukan membawa suara BN...tetapi pembangkang akan cuba putar belitkan isu ini supaya rakyat akan menyalahkan BN...akhirnya mereka akan katakan yang BN ini menyekat suara dan kebebasan bersuara...

Pembangkang ibarat syaitan..mereka akan mencari peluang untuk melaga-lagakan orang lain supaya rakyat berpecah belah..bila dalam keadaan huru-hara maka mereka akan menikam peluang supaya menyokong mereka...Politik jijik ini harus diperangi...




Mahasewel mengambil kesempatan atas isu ini...

Pro Mahasewel yang suka panjat pagar, dan baring atas jalan sama seperti pembangkang..mereka amat ternanti-nanti peluang ini...

Belum apa-apa, satu cabaran jemputan Forum antara Zohra dan Bawani telah dikeluarkan...mahasewel ini tidak sedar yang mereka sebenarnya telah kalah di UM pada PRK yang lalu...mereka buat seolah-olah Universiti ini keturunan bapak mereka punya..

Sebab itu tindakan mereka selama ini mengalahkan beruk..


Bukan itu sahaja...proaksi Mahasiswa pro Paktan Rakyat PMIUM turut mengambil kesempatan untuk mengajak Zohra berdebat...ini satu lagi cara mereka mempopularkan ikon-ikon dari kalangan puak cai makan dedak...

1 comment:

Anonymous said...

dua2 salah..PTPTn pinjaman wajib byr ..kalau x nak byr bljrlah sungguh dpt pointer terbaik...malaysia bkn byk duit pon ...nak kutip cukai dr mane ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog