pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, January 18, 2013

Panas !!! Ketua Penerangan UMNO Malaysia @ahmadmaslan Dah Kena Beli Dengan Mazlan Aliman ???


Pehh.. Berapa Presiden ANAK, Mazlan Aliman dah bayar kepada Datuk Ahmad Maslan sehinggakan Datuk Ahmad Maslan sanggup menyokong salah satu tuntutan dalam Himpunan Kebangkitan Kebodohan Penyokong Pakatan Haram 2013 ( #KL112 ) berkenaan kebebasan FELDA ?

Tak sangka juga Datuk Ahmad Maslan sudah termakan dengan dakyah Pakatan Haram. 

Jom kita baca penjelasan Datuk Ahmad Maslan yang boleh buat Pakatan Haram menitik air mata bila membacanya terutamanya penyokong-penyokong  Mazlan Aliman si penjahanam FELDA.




KULAIJAYA – ‘Saya sokong salah satu tuntutan Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) untuk bebaskan Felda, terutamanya daripada fitnah pembangkang,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Katanya, Felda sering menerima fitnah daripada pembangkang dan pihak berkenaan perlu bebaskan Felda seiring tuntutan mereka.

“Terdapat tiga fitnah besar pembangkang terhadap Felda antaranya tuduhan agensi ini sudah bankrap dan dakwaan 12 peratus pegangan saham Felda Global Venture (FGV) dimiliki pihak Genting.

“Selain itu, mereka juga mendakwa Felda menjual minyak kepada syarikat Israel sedangkan kita tidak pernah jual setitik minyak pun kepada Israel, tetapi ada menghantar minyak kepada Palestin.

“Sebab itu, saya sokong tuntutan himpunan untuk bebaskan Felda iaitu selamatkan Felda daripada fitnah mereka (pembangkang),” katanya selepas menyempurnakan Majlis
Perasmian Dewan Semai Bakti di Kampung Felda Bukit Batu, semalam.

Sementara itu, mengulas perkembangan saman fitnah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan enam lagi individu lain, Ahmad memberitahu, Felda menunggu tarikh dari mahkamah.

“Mereka diberi tempoh 14 hari untuk meminta maaf, namun tiada respons diberikan, jadi kita terpaksa saman," katanya.

Haaa..haaaa..haaa.. Pasti menitik air mata penyokong Pakatan Haram terutamanya penyokong Mazlan Aliman apabila Datuk Ahmad Maslan menyokong tuntutan #KL112 supaya bebaskan FELDA. 

Memang patut pun Kerajaan Malaysia bebaskan FELDA dari menjadi alat - alat propaganda Pakatan Haram, terutamanya Mazlan Aliman yang mahukan undi peneroka FELDA semata-mata sahaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog