pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, January 20, 2013

Tu Dia !!! Kumpulan Murtad Mempergunakan Gambar Wanita Untuk Pengaruhi Ahli Baru


Subang Jaya: “Saya tidak tahu apa motif mereka menggunakan gambar saya, tapi perbuatan itu melanggar hak peribadi dan mungkin bertujuan memburukkan nama saya,” kata Haliza Abdul Halim, 50, yang membuat laporan di Balai Polis SS17 Subang Jaya, semalam selepas gambarnya digunakan sebuah kumpulan murtad di Facebook.

Haliza yang menyedari gambarnya digunakan kumpulan murtad berkenaan berkata, laporan itu dibuat berikutan bimbang disalah anggap sebagai ahli kumpulan itu selain khuatir keselamatan dirinya.

“Bila tengok gambar saya digunakan, timbul perasaan takut dan tertanya-tanya bagaimana mereka memperoleh gambar ini, sedangkan ia hanya untuk tatapan saya serta rakan.

“Jika mereka boleh mendapatkan gambar ini, saya percaya mereka juga mengetahui pergerakan dan alamat rumah saya,” katanya.

Menurut Haliza, dia pernah mengikuti perkembangan sebuah kumpulan murtad di Facebook, namun ia bertujuan mendapatkan maklumat mengenai aktiviti dan pergerakan kumpulan terbabit yang banyak menghina Islam selain cuba merekrut ahli baru.

“Saya ahli jawatankuasa pergerakan anti-murtad yang mengecam kumpulan ini.

“Namun tindakan mereka menggunakan gambar peribadi orang sudah lebih kerana ia cubaan memburukkan imej saya dan mencetuskan provokasi dengan pihak lain,” katanya.

Haliza berkata, pihaknya juga akan tetap meneruskan usaha menghentikan kempen kumpulan murtad itu yang kini ada 1,735 peminat.

Sehubungan itu juga, Haliza berkata, dia akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan itu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog