pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, January 24, 2013

Tu Dia !!!! Mazlan Aliman Upah Pakar Sakit Jiwa Kaji Saham FELDA #FGVH


Sudah lama kita tak berceritakan mengenai felda, dengar cerita FGVH sudah berkembang maju dengan penyenaraian di bursa saham. Namun disebalik kejayaan tersebut masih ada kedengaran suara-suara sumbang membenci kejayaan felda dengan pelbagai tohmahan.

Dulu kita ada ANAK 'haram' Mazlan Aliman yang sentiasa mengeluarkan kenyataan dan masuk kampung felda untuk buat kacau. Namun kali ni ada pulak seorang Doktor yang mengaku pakar dalam bursa saham dan kerjanya hanya mengkritik felda.

Siapa doktor ni? Namanya Dr. Rosli Yaakub, dulu dia kerja di Bank Negara selama 18 tahun dan sekarang dia CEO kepada sebuah syarikat kewangan di Dhaka, Bangladesh. Jauhnya dia cari makan sampai ke Bangladesh sana nu.


Dia dulu pernah menjadi timbalan gabenor bank negara, tapi itu tidak menjadikan dia seorang pakar analisis pasaran saham. Tambahan pula Dr. Rosli ni kelihatan memang 'hardcore' Pas. Jadi tak mustahil lah dia akan tentang segala usaha kerajaan untuk memajukan negara.

Puak ni kalau benda baik pun dikatakan buruk, contohnya macam pembinaan jambatan Pulau Pinang dulu. Punyalah bantah kata membazirkan duit rakyat, tetapi sekarang, siap minta satu lagi. Nampak sangat bantahan awal mereka tak guna otak.

Samalah dengan apa yang terjadi sekarang ni, apa saja yang felda (FGVH) buat semuanya salah dan tak berguna.

Contoh macam kenyataan dia kata "Saham FGVH akan jatuh merudum". Padahal, semua saham time tu jatuh disebabkan khabar angin yang mengatakan Parlimen akan dibubarkan pada 22 Feb.

Jadi sudah tentulah khabar angin itu akan memberi kesan sedikit pada pasaran saham. Dia kata dia pakar pasaran saham, takkanlah benda macam tu pun dia taktau kot. Pakar apa macam tu? Pakar menipu?

Paling malang bagi Dr. Rosli ni apabila dia salah dalam analisis terbarunya dan saham FGVH dah naik balik dalam 2-3 hari ni dan semalam terus naik kepada RM4.51. Jadi, analisis doktor pakar jiwa tu memang lari langsung. Tak boleh pakai!

Bak kata orang, kalau tak pakar dalam sesuatu bidang, jangan mengaku pakar. Sebab ianya akan memalukan diri sendiri.

Contoh paling bebal apabila dia kata para peneroka akan tanggung rugi sebab nak kena bayar pinjaman bank beli saham FGVH dulu. Padahal, PM awal-awal lagi (september tahun lepas) dah umum bahawa Felda akan take over semua hutang, kadar faedah bank dan sebagainya. Maknanya, peneroka hanya bayar harga 800 unit saham tu je la. Tak payah tanggung apa-apa pun.

Dr. Rosli kena tahu, kerajaan Malaysia tidak akan aniaya para peneroka yang melabur dalam saham FGVH. Mereka dijaga baik oleh kerajaan. Jangan risau la pasal peneroka sebab dari dulu sampai sekarang selama mereka dengan felda, tak pernah mereka rugi. Dari zero become to hero! - Baca Seterusnya


Pisau Kedah :-

Dari maklumat yang di perolehi, Dr Rosli tidak pernah di lantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara. Sebaliknya Dr Rosli hanya pernah memegang jawatan Ketua Jabatan di salah satu jabatan dalam Bank Negara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog