pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, January 25, 2013

Hot !!! @Zahid_Hamidi Buat @rafiziramli Nampak Macam Lembu



Berita baik untuk si jambu Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli yang sering menjadi lembu Anwar untuk menghantam atau mengfitnah UMNO/BN. Kini Rafizi Ramli terpaksa berhadapan dengan satu saman yang telah di failkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini Zahid Hamidi telah mencabar Rafizi Ramli supaya membawa tuduhannya bersama segala bukti-bukti yang ada ke Mahkamah untuk di ambil tindakan mengikut undang-undang. Namun sehingga ke hari ini Rafizi Ramli masih tidak berani berbuat demikian.

Setelah merasakan sudah cukup masa dan ruang di berikan kepada Rafiziz Ramli untuk menyahut cabaran. Kini giliran Zahid Hamidi pulak akan memberi tekanan kepada Rafizi Ramli untuk menjawap segala fitnahnya di dalam mahkamah.

Pisau Kedah bersetuju benar dengan tindakan yang di ambil Zahid Hamidi menyaman si jambu Anwar yang kini di lihat semakin menjadi-jadi mengfitnah pemimpin UMNO/BN.


KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Dr Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pernyataan tuntutan, Dr Ahmad Zahid mendakwa Mohd Rafizi (defendan) menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Dr Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet.

Dr Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.

Dr Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain.

-Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog