pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, January 19, 2013

Gempar !!! Pengakuan Sebenar DS Rosmah Mansor Berkenaan Cincin RM 24 Juta.


Akhir isu cincin bernilai RM24 juta yang di mainkan Pakatan Haram telah memakan diri sendiri apabila DS Rosmah Mansor telah tampil memberi penjelasan untuk membersihkan namanya setelah sekian lama di fitnah Pakatan Haram.

Bukan setakat memberi penjelasan sahaja, DS Rosmah Mansor juga mengambil tindakan nekad dengan melafazkan Sumpah dengan nama Allah S.W.T bahawa dia tidak pernah membeli atau memiliki cincin yang di dakwa Pakatan Haram.


Petikan dari blog Perak Today

"Cincin berlian RM24 juta yang menjadi kontroversi itu sebenarnya dibawa masuk Malaysia disebabkan ada pameran sulit. 

Namun, ia telah menjadi kontroversi apabila wujud pemimpin Pakatan Rakyat yang memanipulasikan kemasukan cincin berkenaan dengan membuat fitnah terhadap Rosmah. 

Setelah sekian lama berdiam diri, lantas Rosmah hari ini mengambil tindakan nekad dengan melafazkan sumpah demi Allah swt bagi membersihkan namanya yang telah difitnah. 

“Tak kisahlah apa mereka nak cakap… biarlah… mereka nak buat dosa maka biarlah mereka buat dosa… kita ni sabar sahajalah. 

“Selagi saya boleh sabar saya akan sabar… saya tahu agenda mereka yang utama adalah untuk menyerang saya Rosmah dari pelbagai sudut dan isu cincin ada diantaranya.

“Jangan nanti bila kita balik, ada pula dengar yang saya ada cincin berjuta-juta harganya maka anda percaya. 


“Kalau saya ada cincin itu, mari saya jemput anda datang kerumah saya dan lihat sendiri cincin itu… tetapi masalahnya saya tak ada cincin itu.

“Sebab itu saya berani bersumpah… kita tak buat salah kenapa kita nak takut tegakkan kebenaran… kenapa kita nak takut bersihkan nama kita,” katanya selepas melafazkan sumpah berkenaan."

1 comment:

Anonymous said...

Lepas ni pencuri dan perompak semua klu nak lepas dr hukuman pegi je bersumpah...setahu aku orang yg suka main2 dgn sumpah ni selalunye penipu. Tak caya gi tanye org2 tua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog