pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, January 30, 2013

Panas !!! Kenyataan Bishop Kristian Yang Memalukan Kepimpinan PAS


Bagaimana Hadi Awang serta beberapa beberapa pemimpin dalam PAS yang kononnya mengakui memperjuangkan Islam sanggup memperdagangkan kalimah Allah demi menjilat parti DAP yang menuntut penggunaan kalimah Allah di guna pakai oleh agama Kristian sedangkan Bishop Kristian menuntut Kristian tidak mengguna pakai kalimah Allah dalam Bible.

Semua kita tahu, tuntutan DAP ke atas kalimah Allah adalah tuntutan yang mempunyai agenda keuntungan politik semata-mata setelah diminta pengiat kristianisasi dari luar yang cuba memerangi Umat Islam di Malaysia.

Sehingga kini Ketua Pakatan Haram, Anwar Ibrahim yang berfahaman Islam Liberal tetap dengan keputusan  yang telah di lakukan Hadi Awang di dalam mensyuarat Majlis Presiden Pakatan Haram baru-baru ini walaupun Hadi Awang bersama PAS terpaksa membuat U-TURN dengan keputusan yang telah di buat kerana ianya di tentang hebat oleh Majlis Syura Ulama PAS serta penyokong akar umbi PAS.

Apakah Majlis Syura Ulama PAS serta penyokong akar umbi PAS menganggap tindakan Hadi Awang membuat U-TURN merupakan tindakan yang bijak dan dapat menghalang tuntutan yang di lakukan DAP ?

Sebenarnya tidak !!!. kerana Majlis Syura Ulama PAS serta penyokong akar umbi PAS harus tahu bahawa yang bakal di angkat menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram menang di PRU 13 adalah Anwar Ibrahim dan bukannya pemimpin dari kalangan pemimpin PAS.

Pastinya DAP akan mempergunakan kesempatan yang di perolehi sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri untuk menuntut apa yang di hajati mereka untuk memerangi bangsa Melayu dan Agama Islam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog