pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, January 25, 2013

Panas !!! Hashim Jasin Sah Pemilik PORSHE CAYMAN


Baru-baru ini kita di kejutkan seorang Pesuruhjaya PAS di Utara tanah air yang boleh di katakan sudah lanjut umur telah memiliki sebuah kereta mewah yang sememangnya tidak layak untuk yang bergaji di bawah RM 8,000.

Pisau Kedah tidak menuduh la Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin menggunakan duit yang di kumpulkan melalui kutipan derma dari penyokongnya untuk hidup bermewah-mewahan membeli kereta PORSHE CAYMAN

Pisau Kedah beranggapan baik terhadap Hashim Jasin, mungkin Hashim Jasin menabung dari sejak kecil lagi untuk melaram dengan kereta mewah.

Setelah beberapa hari pendedahan kemewahan Hashim Jasin memiliki kereta PORSHE CAYMAN yang boleh di katakan harga tidak kurang dari RM 300,000.00, Hashim Jasin telah tampil memberi kenyataan bahawa kereta berkenaan bukan miliknya sebaliknya milik anaknya yang menggunakan AP mengimport kereta yang di peruntukan kerajaan kepadanya sebagai wakil rakyat.



Ternyata Hashim Jasin terlalu bengap untuk memahami konsep pemilikan !!

Walaupun Hashim Jasin menggunakan alasan bahawa kereta berkenaan di beli anaknya yang merupakan seorang ahli perniagaan, ini tidak bermakna Hashim Jasin boleh menafikan kereta berkenaan adalah miliknya kerana sudah terang dan jelas dalam dokumen kereta mewah berkenaan tertulis nama pemilik Hashim Jasin.

Setakat menggunakan alasan kereta mewah berkenaan di beli orang lain dan hanya menggunakan nama untuk memudahkan membelinya, siapa-siapa pun boleh guna alasan itu nak selamatkan diri.

Kalau masuk Mahkamah sekali pun ianya tetap di isytihar sebagai harta milik Hashim Jasin bukannya di isytihar harta milik anaknya.

Hashim Jasin kena terima hakikat ini, walau pun kereta di bayar anaknya ( itu pun kalau betul ),kereta berkenaan adalah hak miliknya berdasarkan dokumen yang ada.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog