pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, January 22, 2013

Orang Islam Patut Baca !!! Penjelasan Kontroversi Paderi Berkenaan Kalimah Allah.


Penganut agama Kristian perlu memahami kalimah ‘Allah’ sebagai kata nama Tuhan atau sembahan khas bagi umat Islam telah berlaku sejak lama dahulu, kata Paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar.

Memetik laporan akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Jahja (atau disebut Yahya) berkata perkataan Allah itu tidak boleh diterjemahkan kerana ia merupakan kata nama khas untuk Tuhan kepada komuniti Muslim.

"Lihat sahaja dalam kitab suci umat Islam, al-Quran sama ada dalam terjemahan bahasa Inggeris, bahasa Belanda waima bahasa Melayu sekalipun, kalimah Allah terang-terangan disebut tanpa sebarang perubahan.

"Dari sudut pandangan linguistik, setiap sembahan atau Tuhan harus memiliki nama. Dan Tuhan orang Islam adalah Allah, ia tidak boleh diterjemahkan kerana ia merupakan kata nama khas,” kata Jahja dipetik Mingguan Malaysia.

Jahja yang ditemui di Jakarta berkata, berdasarkan kajian yang dijalankannya, Tuhan Kristian berdasarkan bahasa asli perjanjian lama adalah Elohim.

"Seandainya diterjemahkan kepada bahasa Arab, maka yang tepat menggantikan Elohim adalah Ilah, bukan Allah,” katanya, dan menambah terjemahan itu dibuat berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab iaitu Inskripsi Zabad pada tahun 512.

Paderi Indonesia itu menjelaskan, nama Allah sangat konsisten berdiri atas namanya sendiri dan tidak diterjemah berasaskan berasaskan bahasa suku, seperti mana kalimah Elohim.

Beliau turut mengemukakan contoh bagaimana kalimah Elohim diterjemah kepada beberapa bahasa suku, seperti Tete Manis bagi Kristian Maluku, Jubata (Kristian Dayak), Diyos (Kristian Filipina), God (Kristian Amerika Syarikat), dan Theos (Kristian Yunani), serta banyak lagi.

"Ini yang membezakan Tuhan Islam dan Kristian ... Tuhan Islam sangat konsisten iaitu Allah.“Nama Allah tiada terjemahan atau dialih bahasa, ini harus menjadi ingatan penganut Kristian,” katanya.

Polemik penggunaan kalimah Allah sejak sekian lama menjadi pertikaian di Malaysia berikutan permohonan akhbar Kristian Katolik Herald untuk menggunakan perkataan itu dalam penerbitannya.

Perkataan Allah juga telah diguna pakai sejak lebih 50 tahun lalu dalam Bible berbahasa Melayu, Al-Kitab, di Sabah dan Sarawak untuk penganut Kristian di sana yang kebanyakan adalah penduduk pribumi, yang menerima Bible berbahasa Melayu yang di bawa masuk dari Indonesia.

Kaimah itu kemudiannya kembali menjadi topik hangat setelah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melalui perutusan Krismasnya menggesa kerajaan Barisan Nasional memberikan kebenaran untuk komuniti Kristian menggunakan perkataan tersebut.

Tindakan beliau itu kemudiannya mendapat respon pelbagai pihak, termasuk pemimpin politik, malahan, PAS juga turut membuat ketetapan perkataan itu boleh digunakan bukan Islam, namun tidak boleh ditafsirkan kepada mana-mana bahasa atau sebaliknya.

Pakatan Rakyat bagaimanapun mengambil ketetapan perkataan Allah boleh digunakan kelompok bukan Islam.

Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, melalui Majlis Agama Islam Selangor, juga turut bertitah dan menegaskan perkataan Allah adalah hak Muslim dan golongan bukan Islam dilarang sama sekali menggunakannya. - Malaysian Insider.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog