pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, January 3, 2013

Tu Dia !!! Keegoan Hadi Awang Lebih Teruk Dari Seekor Keldai


Walau seego mana pun seekor Keldai enggan membawa muatan barang, ianya tetap mengikut arahan tuannya setelah di pukul. Tapi apa yang berlaku terhadap keegoaan Hadi Awang, walaupun ramai rakyat yang mendesaknya menarik balik amanat tersebut, hadi awang tetap ego engan menarik balik amanat tersebut.


Apakah Hadi Awang belum sedar akan kesan Amanat yang telah di lakukannya sehinggakan ada yang sanggup tampilkan diri menunjukan muka setelah sedar akan kesilapan yang di lakukan mereka dengan memperakui bahawa amanat tersebut yang telah menyebabkan mereka mengkafirkan sesama Umat Islam, malahan ada juga yang sanggup mengkafirkan ibu bapa sendiri kerana terlalu taksubkan amanat tersebut seperti mana pengakuan oleh saudara Abdul Rashid dari Kuala Terangganu.

Selain itu, Pisau Kedah sendiri pernah dengar dari mulut Cikgu Zainon, penulis buku Air Mata Bumi Memali dan buku Kafirkah Aku ( kini sedang hangat di pasaran ) yang dulu merupakan penyokong setia PAS merangkap bekas penulis Harakah, Exco Pemuda PAS Kedah dengan jujurnya memperakui kerana amanat tersebut dia telah mengkafirkan Ibu bapanya walaupun Ibu Bapanya bukan ahli UMNO, sebaliknya menjadi Ahli ABIM.


Sampai bila Hadi Awang masih lagi nak tanjukan ke egoannya walaupun ramai yang mendesak amanat tersebut di tarik balik ?

Sekiranya Hadi Awang kata desakan yang di lakukan untuk dia menarik balik amanat tersebut adalah modal politik untuk UMNO menghadapi PRU13, bagaimana pulak dengan surat rasmi dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu setelah bermuzakarah berkenaan amanat tersebut pada 15 Jamadil Akhir 1401 persamaan 20 April 1981 yang memutuskan amanat tersebut bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh memesongkan akidah Umat Islam.

Mengapa ketika itu, Hadi Awang tidak menarik balik amanat tersebut ?

Mengapa baru sekarang Hadi Awang hendak merasa takut dengan desakan orang ramai agar menarik balik amanat tersebut dengan meminta penampilan secara live selama 1 Jam di dalam saluran media agar dapat dia menerangkan tentang amanat tersebut sedangkan sudah ramai dari kalangan ahli PAS yang taksub dengan amanat tersebut sejak 32 tahun yang lalu telah mengkafirkan sesama Umat Islam malahan ada darinya sudah meninggal dunia. ( siapa nak bertanggungjawap ? ).

Bagi pendapat Pisau Kedah, Hadi Awang perlu menarik dahulu amanat tersebut dan selepas itu baru lah Hadi Awang tampil di dalam media untuk memperjelaskan tentang amanat tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog