pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, January 19, 2013

Terkini !!! Nasib Dua Daripada Lima Rakyat Malaysia Menjadi Tebusan Militan Algeria Belum Di Ketahui


KUALA LUMPUR: Tiga rakyat Malaysia yang bekerja di pangkalan pangkalan gas, In Amenas, Algeria yang menjadi tebusan dalam serangan sekumpulan militan Rabu lalu, dilaporkan selamat dan menghubungi pihak Kedutaan Malaysia di sana kira-kira jam 2 petang (9 malam waktu Malaysia), semalam.

Sementara itu, nasib dua lagi warga Malaysia yang dipercayai turut berkerja di pangkalan terbabit belum dapat dipastikan lagi kerana sehingga kini gagal dikesan atau dihubungi.

Menurut Jurucakap Kedutaan Malaysia di Algeria, ketiga-tiga rakyat Malaysia itu dibebaskan kumpulan militan sebelum diselamatkan pasukan Tentera Algeria yang menjalankan operasi menyelamat.

“Kesemua mereka dibebaskan kumpulan militan terbabit serta diselamatkan pasukan tentera dan sebaik mereka ditempatkan di lokasi selamat, kesemuanya menghubungi pihak kedutaan memaklumkan keadaan mereka.

“Pihak kedutaan memaklumkan perkara itu kepada keluarga mereka di tanah air dan sekarang menunggu mereka diterbangkan dari In Amenas ke Algiers bagi urusan selanjutnya termasuk penghantaran pulang ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi dari sini, awal pagi tadi.

Difahamkan pihak Wisma Putra dan Kementerian Luar Negara akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkembangan terkini itu pada hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan, sekurang-kurangnya 34 tebusan dan 15 anggota militan terkorban dalam operasi tentera bagi menyelamat tebusan yang ditawan sekumpulan militan di pangkalan gas In Amenas, Algeria kelmarin dengan lima rakyat Malaysia dikatakan antara sebahagian tebusan terbabit.

Maklumat diperoleh pihak Kedutaan Malaysia di Algeria ketika itu, mendapati sekurang-kurangnya lima warga Malaysia bekerja di kawasan berkenaan, namun kesemua mereka gagal dihubungi sejak insiden tawanan militan itu berlaku.- Harian Metro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog