pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, January 13, 2013

Panas !!! PAS Kini Berpecah Di Sebabkan Isu Amanat Dan Isu Kalimah Allah


SHAH ALAM – Majlis Syura Pas yang sebelum ini dilaporkan akan bermesyuarat semalam untuk membincangkan polemik berkaitan dengan kalimah ALLAH hanya akan mengadakan pertemuan malam ini.

Sebelum mesyuarat malam ini, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat mengadakan mesyuarat berkala, dijangka bermula jam 10 pagi.

Beberapa pemimpin yang dihubungi mengesahkan kedua-dua mesyuarat itu.

"Mesyuarat Majlis Syura malam ini, pagi ini mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas," kata seorang pemimpin kanan parti.

Sinar Harian Online difahamkan kedua-dua mesyuarat akan menyentuh pomelik berkaitan kalimah ALLAH dan Amanat Haji Hadi.

Sehubungan itu, Setiausahanya, Nik Zawawi Nik Salleh enggan mendedahkan sama ada isu kalimah ALLAH akan dibincangkan malam ini.

Katanya, beliau masih belum boleh mendedahkan kepada media mengenai perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Tak boleh nak sebut lagi, kalau nak tahu kenalah tunggu selepas habis mesyuarat.

“Kita tak pasti sebab banyak isu lain yang nak dibincangkan. Isu kalimah ALLAH tu, kecik sahaja... kena tengok dulu dalam senarai,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Pada 8 Januari lalu, Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.

Menurutnya, langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.

"Bagi (pendapat) saya, orang bukan Islam perlu diberi ruang menggunakan perkataan itu kerana ia merupakan gerakan dakwah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam," katanya.

Nik Aziz berkata, perkara tersebut akan diputuskan di peringkat Majlis Syura Ulama parti itu yang akan bermesyuarat di Kuala Lumpur pada 12 Januari (semalam).

"Bagaimanapun, saya akan menerima apa sahaja keputusan parti dalam mesyuarat itu nanti," katanya.

Kontroversi penggunaan kalimah Allah itu dibangkitkan semula oleh Setiauasaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini dengan mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah ALLAH untuk Bible versi bahasa Melayu.

Awal minggu ini, Sultan Selangor melalui Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohd Misri Idris mengeluarkan kenyataan Selasa lalu dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah ALLAH merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam lain sebagaimana yang diwartakan.

Dalam pada itu, Nik Zawawi juga berkata, selepas mesyuarat malam ini, Majlis Syura akan bersidang lagi dalam masa terdekat.

“Tengok keadaan. Mesyuarat kedua akan menyusul. Kita tak tahu mesyuarat yang mana yang akan bincang isu berkaitan.

"Semuanya bergantung kepada agenda lain yang menjadi keutamaan,” jelasnnya lagi.- Sinar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog