pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, January 22, 2013

Panas !!! Di Sebabkan Terlebih Over, Adik YB Jamban Di Balun Artis


Walaupun pelakon lelaki, Arash Mohamad sebelum ini tidak lantang bersuara dan hanya memberikan fokus kepada dunia lakonannya sahaja, tetapi tidak kali ini.

Arash baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataannya ‘sakit hati’ terhadap artis kontroversi, Azwan Ali yang mempunyai mulut laser dalam program Propaganza melalui Segmen Katanya yang dikendalikan oleh Azwan Ali atau Baby AA.

Kata Arash, tindakan Azwan Ali yang menjaja cerita artis-artis tempatan sendiri adalah satu tindakan yang menghina penggiat seni tanah air.

Malah, ia juga menjatuhkan maruah artis-artis tempatan yang mencari makan dalam industri seni Malaysia.

“Saya akui bukan semua artis itu baik tapi ramai juga yang akal pemikiran mereka tinggi. Tapi jangan la engkau nak jaja kisah–kisah artis dengan cara melalak guna loudhailer ditempat awam.

“Dah tu dengan pelancong asing sekali engkau babitkan sama, melampau sangat caranya. Tak ke menjatuhkan maruah artis,” kata Arash yang dipetik dari portal Buahmulut.com.

Bagi Arash, dia mengerti pekerjaan sesetengah artis yang bekerja dalam skop gosip dan menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pelakon dan pengacara lelaki kontroversi tersebut.

Pun begitu, cara yang digunakan oleh Azwan Ali itu tidak kena dengan budaya masyarakat di Malaysia.

“Kita cukup faham artis ni memang dijadikan bahan gosip untuk keuntungan dan hiburan sesetengah pihak. Tapi bila caranya macam tu dengan gaya penampilanya macam itu, memang tak boleh diterima langsung.

“Saya sebenarnya tak ada apa-apa masalah peribadi dengan Azwan Ali dan saya tahu peribadinya macam tu. Cuma cara dia dalam segmen tersebut bagi saya memang salah dan terlalu melampau,” katanya.

Justeru, Arash nekad menyuarakan pendapatnya mengenai cara dan sikap Azwan Ali walaupun tidak ramai yang berani bersuara membangkang setiap tindak-tanduk Azwan Ali.

Kata Arash, dia lantang bersuara kali ini bukan untuk meraih populariti.



Sebaliknya, ia adalah untuk kebaikan golongan artis-artis yang mencari makan di Malaysia.

“Ramai artis lain sebenarnya yang tak suka dan marah dengan caranya macam tu tapi diorang tak berani nak bersuara, saya faham. Sebab tu kenapa saya bersuara akhirnya. Kalau ada mana-mana artis lain yang rasa tindakan saya ni betul jangan takut untuk nyatakan sokongan.

“Apa yang saya buat ni sumpah ‘lilah’ dengan nama Allah bukan untuk meraih publisiti murahan seperti mana yang didakwa, tapi saya taknak maruah artis ni dipandang hina sampai sebegitu sekali,” luah Arash.

Arash berharap agar pihak seniman selepas ini peka dengan luahan pendapatnya demi menjaga martabat seni di Malaysia walaupun sudah banyak kali dia melaporkan kes seperti ini.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog