pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, January 23, 2013

Panas !!! Gambar Ustaz Nasha Buat Totok PAS Gelabah Bewak Buat Kali Yang Ke 2



Gambar ini di ambil ketika lawatan kemanusiaan DS Najib Razak ke Palestin.

Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak bersama Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berdoa dihadapan bangkai kereta Almarhum Ahmed Al-Jaabari yang terbunuh akibat dibom oleh Israel.

Apa yang dapat kita lihat dalam gambar berkenaan ternyata kita dapat mengenali kesemua yang berada di sebelah kiri DS Najib Razak dan yang paling PASTI, orang PAS akan lebih mengenali siapa individu yang berada di sebelah DS Najib Razak ketika lawatan berkenaan.

Orang PAS pasti rasa terkejut buat kali keduanya apabila Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasha yang sebelum ini pernah mengejutkan PAS apabila bersama rombongan DS Najib Razak ke Mekah, kali ini tampil diri secara terbuka bersama-sama rombongan DS Najib Razak ke Palestin.

Dalam lawatan kemanusiaan DS Najib Razak ke Palestin, Pisau Kedah rasa bangga dengan keberanian Perdana Menteri Malaysia menjadi Pemimpin Utama yang pertama dari luar Timur Tengah berada dan tampil menyokong Palestin dengan secara terbuka ketika kuasa-kuasa besar barat sedang menindas Palestin.

Selain itu, Pisau Kedah rasa bersyukur dengan pendirian murni Ustaz Nasha yang di lihat masih teguh dengan hasrat ingin melihat UMNO dan PAS bersatu walaupun kini apa yang dapat kita lihat, Ustaz Nasha kian di pinggirkan daripada PAS.

Marilah kita sama-sama doakan semoga Allah S.W.T memberkati usaha Ustaz Nasha ingin menyatukan Umat Islam di Malaysia tanpa mengira fahaman parti politik.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog