pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, January 29, 2013

Mazlan Aliman Tipu Peneroka FELDA Dengan Menggunakan Pakar Ekonomi Cap Ayam



Korang pernah dengar nama Mazlan Aliman? Kalau kenal dengan Mazlan Aliman, sudah tentu pernah dengar nama Dr. Rosli Yaakop. Tapi ramai tak tahu siapa Dr. Rosli ni, kan? Kata Mazlan Aliman, Dr. Rosli ni "pakar analisis ekonomi" dan dia dilantik jadi Penasihat Ekonomi ANAK...

Itu kata Mazlan Aliman. Seorang pengacau Felda yang bercerita tentang seorang rakannya yang akan "dikeldaikan" untuk membantunya mengacau saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH). Dah tentu dia akan "lambung" tinggi-tinggi "keldai"nya tu, kan?

Tapi, siapa sebetulnya Dr. Rosli ni? Meh sini aku cerita...heh!

Menurut maklumat yang aku dapat, Dr. Rosli ni bekas Ketua Jabatan di dalam Bank Negara dulu. Tapi khabarnya dia mengaku berjawatan Timbalan Gabenor Bank Negara..!!! Dia kerja kat situ selama 18 tahun...

Masa di Bank Negara, dia sempat sambung belajar dan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara sampai dia dapat PHD dalam bidang ekonomi. Bila dah dapat PHD, dia sokong pulak parti pembangkang. Dia masuk PAS.

Jenis tak kenang budi punya orang. Dia pakai duit rakyat untuk kepentingan dirinya dan bila dah dapat gelaran "Dr", dia hentam pulak kerajaan! Orang jenis macam ni pun ada..?

Nak tahu kenapa dia sokong pembangkang? Rupanya dia ni orang Anwar Ibrahim yang diseludup masuk ke dalam PAS. Anwar memang dah rancang dari awal????

Lepas keluar dari Bank Negara, Dr. Rosli ni pernah jadi CEO di Abrar Finance Berhad dan turut dilantik jadi Pengarah dalam beberapa anak syarikat Abrar tu. Abrar tu kumpulan syarikat kroni Anwar..!!! Mungkinkah Rahim Ghouse letakkan Dr Rosli di dalam anak syarikat kumpulan Abrar???


Memang satu keputusan yang baik masukkan Dr Rosli jadi CEO Abrar Finance sebab lepas tu “pakar ekonomi” ni telah kapankan Abrar Finance ni… Syarikat tu rugi hampir RM200 juta dan dibeli oleh AmBank kemudiannya. "Pandai" betul Dr. Rosli jaga finance syarikat Abrar tu, kan? Sampai "kena jual" dikerjakan syarikat tuuu...heh!

Mungkin dia dah tak laku untuk "dipungut" oleh syarikat-syarikat kewangan di Malaysia, ya lah perlantikan dalam institusi kewangan kena dapat approval Bank Negara. Kalau masa jadi CEO Abrar Finance dah dilingkupkan, takkan nak dapat approval kan.

Dr. Rosli terpaksa cari kerja di Bangladesh jadi CEO sebuah syarikat kewangan di sana.

Peliknya, dia kerja di Bangladesh, tapi dia banyak menghabiskan masa di Malaysia sebok bantu Mazlan Aliman buruk-burukkan saham peneroka dalam FGVH! Dia dah kena pecat dari syarikat di Bangladesh tu ke?

Dari apa yang diceritakan kat aku, Dr Rosli ni hanyalah pencacai ekonomi je. Dia mungkin tahu pasal ekonomi dan sikit-sikit pasal pasaran saham. Dia bukan pakar analisis pelaburan pun, tapi Mazlan Aliman yang bagi gelaran tu kat dia..heh!

Baru-baru ni pada 21 Januari lepas dia kata saham FGVH akan jatuh merudum. Kononnya pasal stok minyak sawit banyak dalam pasaran dunia dan kurang permintaan. Dia confident je ramal saham FGVH tu akan jatuh teruk sejak hari tu...

Mungkin Allah nak tunjuk la kan, lepas dia kata macam tu, harga saham FGVH melonjak naik dari RM4.38 kepada RM4.51..!!! Banyak tuuuu..!!! Kan dah kena sebijik..!!! Dr. Rosli kata jatuh merudum, sekali naik la pulakkkk..!!! Kah! Kah! Kahhhh..!!!

Pelik lah “pakar ekonomi” ni tak tahu harga saham semestinya ada turun naiknya mengikut perkembangan pasaran. Kadar inflasi pun turun naik.. Matawang pun turun naik … Takkan lah saham FGVH ajer yang menurun.. Kalau FGVH menurun, bermakna saham-saham berkaitan sawit macam Sime Darby, IOI, TH Plantations semua pun turun lah …

Macam tu ke ramalan "PAKAR ANALISIS" yang Mazlan Aliman pilih? Kalau Dr. Rosli ni jadi "pakar ekonomi" FGVH, saya yakin lingkup Felda dikerjakan dia. Sama la macam yang dia buat pada Abrar tu...habis lingkup sampai "kena jual" kat bank..!!!

Rasanya peneroka yang dah lebih 50 tahun buat ladang sawit lagi pandai… Mereka dah melalui asam garam turun naik harga sawit, boleh jadi “pakar ekonomi sawit” yang lebih baik daripada Dr Rosli
Jadi, mana kreadibiliti dia sebagai seorang "pakar ekonomi"?

Ramalan dia tu "sampah" belaka! Tak boleh pakai..!!! Sekaligus segala kenyataan dia pasal ekonomi pun memang tak boleh pakai. Tak de kreadibiliti untuk dipercayai...kan?


Aku sarankan Mazlan Aliman cari la orang lain untuk jadi "pakar ekonomi" ANAK. Buat malu je ada "pakar ekonomi cap ayam" macam Dr. Rosli tu. Suruh je Dr. Rosli tu jadi "pakar ekonomi" KOHILAL.

Manalah tahu dia boleh buat PAS kaya raya lepas jadi "penasihat ekonomi" syarikat yang nak mampos tuuu...

Minta-minta jangan dibuat macam kat Abrar Finance…Kah! Kahh..!! Kahhhhh..!!!

Duke Of UMNO

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog