pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, January 19, 2013

Panas !!! Kerajaan Negeri Pentadbiran Azizan Razak Kecut Teloq Dengan Belanjawan Kedah 2013



Sehingga kini Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS masih gagal memperjelaskan persoalan berkenaan Belanjawan Kedah 2013 yang menjadi tanda tanya pelbagai pihak .

Dalam Belanjawan Kedah 2013 yang di bentangkan Azizan Razak dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada  20 November 2012 yang lalu, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sejumlah RM 1.1 Bilion bagi melaksanakan kesemua program dan projek yang akan di laksanakan kerajaan negeri pada tahun 2013.

Sebanyak RM657 juta dari RM 1.1 bilion di peruntukan kerajaan negeri di belanjakan bagi mengurus tadbir negeri. RM 369 Juta di peruntukan kerajaan negeri untuk perbelanjaan pembangunan dan selebihnya adalah untuk perbelanjaan bekalan air untuk rakyat Negeri Kedah.

Di sebalik peruntukan perbelanjaan  RM 1.1 bilion yang di bentangkan Azizan Razak, Kerajaan Negeri menganggarkan pendapatan Kerajaan Negeri hanyalah RM 640 Juta pada tahun 2013.

Ini menunjukan Kerajaan Negeri telah mengalami defisit fiskal RM 460 Juta untuk menampung peruntukan perbelanjaan RM 1.1 bilion.

Namun apakah anggaran pendapatan Kerajaan Negeri sebanyak RM 640 Juta itu adalah anggaran melalui sumber pendapatan yang nyata ???

Menurut belanjawan yang di bentang, sebanyak RM 105.6 Juta merupakan jumlah peningkatan pendapatan Kerajaan Negeri berbanding pendapatan pada tahun 2012 dan ianya bakal di sumbang oleh hasil premium tanah di Langkawi, Alor Setar dan Bandar Baharu, serta bayaran jualan air mentah kepada Syarikat SADA dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Apa yang dapat Pisau Kedah lihat, penambahan pendapatan RM 105.6 Juta bukanlah satu jumlah tambahan pendapatan yang nyata kerana ianya belum pasti lagi Kerajaan Negeri akan tetap memperolehinya ( Penambahan Belanjawan Seronok Sendiri ).


Malang buat Kerajaan Negeri kerana mempunyai Pengarah Urusetia
Penerangan Kerajaan Negeri seperti Zulkifli Yahaya ( Dalam Gambar )

Pisau Kedah bersama Team Media Kedah sebelum ini pernah mempersoalkan kelima-lima jumlah penambahan pendapatan berkenaan kepada Kerajaan Negeri dan Ianya telah di jawap oleh Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Zulkifli Yahaya.


Di Bawah ini merupakan 5 persoalan yang di berikan Team Media Kedah pada 9 Januari 2013 (  Klik Sini ) 


1. Pendapatan sebanyak rm20 juta daripada penjualan air kepada P.Pinang. Walhal perkara ini belum pasti lagi kerana Lim Guan Eng dalam sidang DUN Pulau Pinang menegaskan yang kerajaan P.Pinang tidak akan membayar kepada Kedah satu sen pun.

2. Pendapatan daripada hasil premium tanah milik seorang korporat di Langkawi sebanyak rm20 juta. Padahal rundingan perkara ini belum lagi muktamad, sesuatu yang tak pasti!

3. Penjualan tanah di Bandar Baru Kulim milik SHAHPADU yang dirampas sebanyak rm30 juta. Perkara ini masih lagi dalam proses perundangan. Masih lagi menjadi angan-angan!

4. Pendapatan hasil premium tanah milik MAB di Jitra sebanyak rm30 juta. Perkara ini belum lagi pasti, kerana perundingan kerajaan pusat belum pun bermula dan muktamad. Benda tak runding dah bawa masuk plan?

5. Penjualan air mentah kepada SADA berjumlah rm30 juta. Ini juga belum pasti kerana menurut CEO SADA, SADA takkan membayar jumlah tersebut kerana terlalu tinggi, sekiranya SADA membayar jumlah tersebut, ianya akan menyebabkan SADA terpaksa menaikkan tarif air seterusnya membebankan pengguna iaitu rakyat Kedah.
Dan selepas itu Zulkifli Yahaya telah menjawap ke lima-lima jawapan itu melalui blog pencacai penjilat PAS yang di ketuainya.

Di bawah ini merupakan jawapan yang di beri Zulkifli Yahaya pada 10 Januari 2013


a) Tanah Tan Sri Ting Perk Kin di Langkawi yg dirampas zaman BN, dia sgt berminat nak beli balik. Nilai sebenar = RM42 juta 

b) Tanah di Bandar Baharu, bekas Shapadu. Juga berminat nak tebus balik. Nilai sebenar + tunggakan = RM57 juta 

c) Tanah lapangan terbang Kepala Batas. Pasti dibayar kerana pengambilan sudah dibuat. Nilai sebenar RM38 juta. 

d) Jualan air mentah ke P.Pinang. RM20 juta. 

e) Jualan air mentah SADA. RM13 juta.

Apa yang boleh di katakan ianya jawapan yang cukup bodoh dan layak di gelar Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri yang berotak udang !!!

Untuk pengetahuan, Syarikat SADA hanya mampu membayar RM 5 Juta sahaja untuk membeli air mentah dari Kerajaan Negeri, sekiranya tuntutan lebih dari RM 5 Juta Syarikat SADA terpaksa menaikan tarif air .. apakah Kerajaan Negeri mahukan tarif air di naikan supaya rakyat Kedah di bebani kos air meningkat ?

Kerajaan Pulau Pinang melalui kenyataan Ketua Menterinya sendiri dalam sidang Dun Pulau Pinang telah menegaskan bahawa tidak akan membayar walaupun sesen pun untuk air mentah Kedah. Bagaimana yang boleh di katakan pendapatan ?

Apa yang di jawap Zulkifli Yahaya pada soalan air mentah yang hendak di jual kepada Pulau Pinang seolah-olah jawapan orang bodoh tanpa menerangkan dengan terperinci bagaimana Kerajaan Negeri Kedah hendak perolehi sejumlah RM20 juta dari kerajaan Pulau Pinang setelah kerajaan Negeri Pulau Pinang menegaskan tidak akan membayar sesen pun kepada Kerajaan Negeri Kedah.

Dalam jawapan bab tanah yang di berikan Zulkifli Yahya.. dia sendiri menyatakan, Tanah di Bandar Baharu dan Langkawi, mereka yang hendak ambil tanah tu hanya berminat sahaja ( "berminat" belum pasti ianya di persetujui !!! ) namun tiada persetujuan di nyatakannya.

Berkenaan tanah Lapangan Terbang Kepala Batas, Zulkifli Yahaya tidak menerangkan tarikh pengambilan dan jumlah yang di persetujui untuk Kerajaan Pusat bayar seperti yang di maksudkan.

Sebenarnya berkenaan tanah Lapangan Terbang Kepala Batas, Kerajaan Pusat masih belum membuat rundingan lagi dengan Kerajaan Negeri. Bagaimana Zulkifli Yahaya mengatakan pengambilan sudah di buat ?




Pisau Kedah :-

Di sebabkan Lima persoalan yang di tanya Pisau Kedah dan Team Media Kedah, Zulkifli Yahaya telah block Pisau Kedah dari akaun facebooknya. 

Masih banyak persoalan lagi berkenaan jumlah pendapatan yang Pisau kedah nak tanya kepada Zulkifli Yahaya sebab Pisau Kedah dapat maklumat dari pihak dalaman, Zulkifli Yahaya merupakan antara individu yang bertanggungjawap sediakan Belanjawan Kedah 2013.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog