pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, January 3, 2013

Pahlawan Malaysia Mendiang Kanang Anak Langkau Akan Di Beri Penghormatan Negara


Pahlawan Malaysia , Kanang Anak Langkau 68 tahun telah menghembuskan nafas yang terakhirnya di Hospital Umum Sarawak kira-kira pada pukul 1.45 pagi tadi di percayai akibat serangan jantung.

Bagi mengenangkan jasa Mendiang yang telah banyak berkorban untuk mempertahankan Negara, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memberi Penghormatan Negara apabila di semadikan di Sarawak Ahad Ini.

Bagi yang tidak mengetahui akan sejarah Pahlawan Malaysia  Kanang Anak Langkau, pengorbanan Mendiang mempertahankan kedaulatan Negara harus di contohi anak muda kini di dalam mempertahankan kedaulatan Negara
Kanang anak Langkau (lahir 1945) ialah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.

Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang menyiapkan perkhidmatannya selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.

Menyusuli kematian seorang askar di kawasan Tanah Hitam, Perak, akibat serangan oleh pihak komunis pada 8 Februari 1980, Platun Perisikan Pertempuran Unit dalam Renjer Diraja Batalion Ke-8 di bawah pimpinan Kanang ditugasi untuk mencari-cari dan memusnahkan kumpulan komunis. Mereka menjejaki pihak musuh selama 11 hari di rupa bumi yang sudah biasa kepada pihak musuh. Pada sekitar 1500 jam waktu petang 19 Februari 1980, platunnya dapat menganggar kedudukan pihak musuh yang berhampiran.

Bagaimanapun, mereka kemudian menyedari bahawa mereka telah membuat kesilapan dan telah memasuki kawasan pihak musuh apabila mereka menjumpai tali pintal komunikasi yang menghubungkan tempat terpencil sentri dengan pasukan utama pihak musuh. Tali pintal itu biasanya diikat pada sebatang pokok yang rimbun atau tin kosong supaya sentrinya boleh menarik perhatian pasukan utama tentang sebarang penceroboh.

Kanang yang ketika itu berada sejauh 8 meter daripada tempat sentri pihak musuh melancarkan serangan pada rusuk kanannya. Beliau kemudian mendapati bahawa pasukan utama pihak musuh berada di rusuk kirinya dan menyerang rusuk kiri dengan serta merta.

Dengan itu, beliau berjaya menumpaskan pihak musuh, dengan seorang musuh tercedera ditangkap dan lima orang komunis dibunuh. Seorang askarnya mengalami cedera parah manakala Kanang pada dirinya ditembak sebanyak tiga kali tetapi terselamat dan akhirnya kembali untuk meneruskan perkhidmatannya.

Beliau hampir menemui ajal selepas peluru musuh mengenai jantung merosakkan satu buah pinggangnya, terburai usus perut dan terlantar di hospital selama 14 bulan.- Sumber

 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog