pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, October 1, 2012

Tu Dia !!! Seorang Ustazah Bersubahat Dengan Suami Barunya Mencabul Dan Merogol Anaknya


Apalah nak jadi seorang Ustazah sanggup bersubahat dengan suami barunya yang bernafsu binatang untuk menncabul dan merogol anak dari hasil perkahwinannya yang pertama.

Nak kata tak ada ilmu agama, tak mungkin juga sebab wanita berkenaan bergelar seorang Ustazah. Tak kan kot dalam hendak memuaskan nafsu binatang suami barunya itu sanggup dia mentaati suaminya itu dengan menurut kehendak suaminya itu..

Entah la apa nak jadi sekarang ni pun tak tau la. Ustazah yang memiliki ilmu pengetahuan agama pun sanggup bersubahat membiarkan anak di cabul dan di rogol.. 



 
Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang, Kuala Lumpur diatas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya mencabul dan merogol anak perempuannya berusia 15 tahun di kediaman mereka.  
Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan hakim, Roszianayati Ahmad.  
Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa yang sama tahun lalu. 
Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur ketika kejadian selain menjaga keselamatan saksi pendakwaan terdiri daripada mangsa dan anak-anak wanita itu.  
Roszianayati memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama dengan kes suaminya di hadapan hakim Manira Mohd Nor di Mahkamah Sesyen Ampang.  
Sementara itu, suami ustazah berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah diatas dua dakwaan merogol anak tirinya itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa. -MPP Online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog