pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, October 1, 2012

Tu Dia !!!! Naib Presiden PAS Cuba Mencipta Propaganda Mainan Politik Kotor Untuk Meraih Simpati


Di saat pilihan raya yang bakal berlangsun bila-bila masa mainan propaganda politik kotor akan di mainkan bagi meraih simpati undi seperti yang cuba di lakukan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. 




SHAH ALAM – Dua tayar kereta yang dinaiki Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub ditoreh manakala dua kereta lain dipecahkan cermin depan dan disimbah asid dalam satu kejadian tengah hari tadi di Sungai Rengit, Pengerang. 
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, beliau menaiki kereta Pengerusi Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang turut bersamanya bagi menghadiri Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit, yang diadakan untuk membantah Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid). 
“Dua tayar kereta itu ditoreh manakala kereta yang diparkir bersebelah kereta berkenaan turut ditoreh dua tayarnya dan cermin depan turut dipecahkan. 
“Selain itu, kereta yang dinaiki aktivis Hishamuddin Rais pula disimbah asid,” katanya, yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, ketika dihubungi Sinar Harian Online, lewat petang ini. 
Menurut Salahuddin, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), kejadian itu membabitkan tiga kenderaan termasuk kereta dan kejadian disedari ketika hendak menunaikan solat Zohor di masjid berhampiran. 
Salahuddin sebelum ini mengumumkan akan bertanding di Johor pada PRU13. 
Ketika ditanya sama ada laporan polis sudah dibuat mengenai kejadian, Salahuddin berkata, beliau tidak mahu berbuat demikian kerana ingin membiarkan orang ramai menilai sendiri perkara itu. 
“Apa yang berlaku merupakan lanjutan daripada budaya gengsterisme yang diamalkan apabila politik hujah tidak boleh dijawab oleh pihak tertentu. 
“Kami terpaksa mengambil masa lama untuk menukar tayar dan membaiki serba sedikit sebelum meneruskan perjalanan pulang kerana esok saya perlu menghadiri beberapa program lagi,” katanya yang menganggap kejadian sebagai "ujian kecil." 
Ujar beliau, apa yang berlaku langsung tidak menjejaskan usahanya untuk meneruskan perjuangan dan memberi pembelaan secukupnya kepada penduduk di Pengerang. 
Katanya, beliau turut tidak berkecil hati dan sesiapapun tidak boleh mengharap beliau akan berundur ke belakang. 
"Sejak menyertai politik 30 tahun lalu, sudah banyak perkara telah saya tempuhi. Kebelakangan ini saya turut menerima ugutan pukul dan ancaman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), namun itu semua saya hadapi dengan tenang. 
“Saya juga bersyukur kerana isteri dan anak-anak faham dengan tugasan saya malahan mereka juga turut memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan ini,” jelas beliau lagi. -SH

Ternyata apa yang berlaku terhadap kejadiaan di atas merupakan satu propaganda politik kerana menjadi tanda tanya kenapa Salahuddin Ayub engan membuat laporan polis, sebaliknya mahu membiarkan orang ramai menilai sendiri ?

Apa yang cuba di lakukan Salahuddin Ayub sebenarnya, dia mahu orang ramai meletakan kesalahan tersebut kepada UMNO/BN yang melakukan perkara keji itu.

Sekiranya Salahuddin Ayub membuat laporan polis. pastinya orang melakukan perkara keji itu akan di kesan pihak polis dan akhir akan terkantoi permainan politik kotornya di dalam meraih simpati undi.

Sememangnya kebanyakan pemimpin Pakatan Haram cukup terkenl dengan propaganda permainan politik kotor untuk meraih simpati.

Sekiranya benar-benar apa yang berlaku terhadap Salahuddin Ayub bukannya satu propaganda mainan politik kotor. Salahuddin Ayub patut tampil membuat laporan terhadap polis bagi menyiasat perkara ini. 

Adakah Salahuddin Ayub berani ???????????

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog