pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, October 1, 2012

Seorang Guru Wanita Bertindak Zalim Terhadap Pelajarnya Di Baling,Kedah


Apa yang Pisau Kedah nak sampaikan ini mungkin akan membuat pembaca akan merasa marah terhadap seorang guru yang zalim terhadap pelajar-pelajarnya di dalam kelas.

Baru-baru ini Pisau Kedah di hubungi seorang bapa pelajar dari Kupang, Baling di mana anaknya telah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai , Kupang , Baling.

Dia menceritakan kepada Pisau Kedah berkenaan seorang guru wanita yang mengajar mata pelajaran KIMIA untuk tingkatan lima di sekolah berkenaan yang bertindak zalim dengan mengeluar kata-kata yang tak mungkin dapat di terima oleh mana-mana pelajar mahu pun ibu bapa pelajar.

Menurut bapa pelajar terbabit kejadian itu berlaku di sebuah kelas di mana anaknya telah belajar untuk menghadapi peperiksaan SPM yang bakal tiba hanya beberapa bulan lagi.

Dalam kelas terbabit, di katakan guru wanita yang naik berang dengan segelintir pelajar dalam kelas berkenaan telah mengeluarkan kata " dia tidak menghalalkan ilmu yang di ajarnya dunia dan akhirat " 

Bagi Pisau Kedah sememangnya tidak wajar untuk guru wanita terbabit mengeluarkan perkataan begitu terhadap anak muridnya kerana ianya membabitkan ilmu yang di ajarnya kepada pelajar-pelajar perlu di redhainya dunia dan akhirat.

Pisau Kedah cuba berhubung dengan seorang guru lelaki yang mengajar di sekolah berkenaan untuk mendapatkan kepastian sama ada perkara yang di ceritakan bapa pelajar berkenaan adakah benar-benar berlaku atau tidak dan guru terbabit mengesahkan perkara yang di ceritakan bapa pelajar terbabit sememang benar-benar berlaku malahan sudah sampai ke pengetahuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Apabila Pisau Kedah bertanya kepada guru lelaki terbabit, adakah perkara ini telah di bawa ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru lelaki bekenaan mendakwa Pengetua sekolah terbabit engan berbuat demikian demi hendak melindungi guru wanita terbabit.

Dalam ilmu yang di ajari perlulah kita meradhai supaya mendapat keberkataan kepada orang yang kita ajari di dunia dan akhirat.

Bagi yang belajar ianya patut memohon kepada orang yang mengajarnya menghalalkan ilmu yang di curahkan supaya keberkatan akan di beri Allah S.W.T.


1 comment:

Andi_Husin said...

Salam..

Saya bersetuju dengan tindakan cikgu lelaki itu tidak menyebarkan atau memanjangkan kes ini ke PPD..

Persoalan saya, apakah sebabnya yang berlaku sebelum itu sehingga menyebabkan guru wanita itu bertindak dengan kata2 sumpahannya? pasti ada perkara yang telah pelajar2 sekolah itu membuatkan guru wanita itu tidk boleh bertimbang rasa.Perkara ini perlu di selidiki dahulu dan perkara ini juga tidak akan terkait dengan PPD tempatan. Pihak pentadbiran sekolah pasti ada formula untuk menyelesaikan masalah ini..terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog