pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, October 4, 2012

Terpanas !!! Pendedahan Skandal Terbaru Bung Moktar @MPKinabatangan


Agak terkejut Pisau Kedah bila mengetahui bahawa akaun twitter Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin telah di hack dan di ambil alih oleh seseorang yang telah mendedahkan skandal terbaru Bung Moktar yang boleh buat orang sakit hati.

Dari maklumat yang di perolehi, akaun twitter milik Bung Moktar Radin telah di hack oleh orang yang cukup di kenali ahli parlimen berkenaan dan begitu akrab sekali perhubungan mereka..

Pisau Kedah cukup tidak percayakan dengan pendedah yang telah di buat hacker terbabit dan langsung tak boleh di terima dek akal fikiran yang waras.


Cuba anda fikirkan ada ka patut hacker terbabit mendedahkan skandal terbaru Bung Moktar yang suka mengumpul teddy bear dan bermain dengan anak patung barbie dalam akaun twitter milik Bung Moktar.

Namun selepas itu Bung moktar telah mendedahkan bahawa orang yang telah hack akaun twitternya adalah orang yang di cintainya iaitu isterinya Zizie Izette .



Mungkin ada kita yang akan merasa cemburu dengan kemesraan yang terjalin di antara pasangan yang cukup bahagia setelah sebelum ini pernah menjadi kontroversi apabila merahsiakan perkahwinan mereka.

Apa yang tertulis dalam akaun twitter Bung Moktar hanyalah guaruan dari Zizie Izette yang sedang hidup bahagia dengan Bung Moktar.

Mana mungkin orang seperti Bung Moktar akan mempunyai minat macam tu..

Pisau Kedah mengharapkan kebahagian mereka berkekalan sehingga ke hujung hayat..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog