pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, October 4, 2012

(Video) Cara Melupuskan Al-Quran Mengikut Panduan Dan Syariat Islam




KUANTAN: Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman menasihatkan umat Islam di negara ini supaya menggunakan perkhidmatan pusat pelupusan al-Quran yang diiktiraf pihak berkuasa bagi melupuskan kitab suci itu. 
Beliau berkata ini bagi memastikan proses pelupusan dilaksana mengikut syariat Islam. 
Kaedah terbaik pelupusan ialah menerusi pembakaran dan usaha pelupusan melalui kaedah pembakaran ini sudah dimulakan sejak zaman Saidina Uthman lagi dan diteruskan sehingga kini, katanya kepada pemberita, di sini hari ini. 
Beliau sebelum itu melaksanakan proses melupuskan abu al-Quran seberat tiga tan yang dibuang kira-kira tujuh batu nautika dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tajung Gelang dekat sini.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-30 yang bersidang pada 22 Aug 1992 telah membincangkan Pelupusan Al-Quran. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak lagi boleh dibaca dan yang bukan resam uthmani hendaklah dilupuskan.
Kaedah pelupusan ialah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam ditempat yang dikawal.

Kerja-kerja pelupusan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Urusetia atau Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Dan dilakukan dengan cara tersembunyi demi mengelakkan salah faham orang ramai.

  1. Bahan buangan atau lebihan yang mengandungi huruf atau ayat-ayat suci al-Quran hendaklah dilupuskan secara berasingan daripada bahan-bahan lain, serta dilarang menggunanya semula bagi apa-apa tujuan sekalipun.
  2. Kaedah pelupusan sama ada secara pembakaran atau ditanam. Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak boleh dibaca dan yang bukan Rasm Uthmani hendaklah dilupuskan. Kaedah pelupusan adalah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam ditempat yang dikawal. (Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke 30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992).
  3. Cara pembakaran adalah seperti berikut:
  • Bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang dibakar hendaklah menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.
  • Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran yang telah dibakar hendaklah dipastikan dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah.
  • Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih atau tempat yang tidak dilalui orang atau dibuang ke dalam laut/sungai yang mengalir airnya.
  • Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawalselia oleh pegawai Jabatan Agama atau pihak yang mahu melupuskan bahanbahan tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog