pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, January 2, 2013

Tu Dia !!! Surat Rasmi Yang Boleh Buat Hadi Awang Dan PAS Meroyan



Dalam Ramai yang mendesak Amanat Hadi Awang pada 07 April 1981di tarik balik, namun berbeza bagi PAS yang tetap mahu mempertahankan amanat tersebut dan ada segelintir darinya menganggap isu ini sudah lapok kerana sudah berlalu lebih dari 31 tahun yang lalu. Ianya hanyalah di gunakan UMNO untuk menyerang PAS di saat PRU semakin hampir.

Apa yang hendak Pisau Kedah perkatakan, isu amanat ini walaupun sudah berlalu 31 tahun yang lalu, namun ianya masih lagi memberi ancaman kepada perpaduan Umat Islam yang menyokong UMNO dan yang menyokong PAS kerana sehingga ke hari ini masih ada yang berpegang teguh kepada amanat tersebut menganggap orang yang menyokong UMNO adalah kafir.

Ini menunjukan Hadi Awang perlu menarik kembali amanatnya itu demi perpaduan Umat Islam Malaysia.

Kalau nak di ikutkan, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dalam muzakarah di antara Mufti ketika itu, Allahyarham Datuk Mohd Noor Ibrahim dengan para Ulama Kelantan yang di lakukan pada 15 Jamadil Akhir 1401 persamaan 20 April 1981, memutuskan amanat tersebut adalah bertentangan dengan Islam dan boleh mendatangkan bahaya kepada Akidah Umat Islam serta perpaduan Umat Islam.


Menurut Mufti Kelantan sekarang,Datuk Mohamad Shukri Mohamad, keputusan fatwa yang di keluarkan selepas bermuzakarah pada tahun 1981 selepas beberapa hari amanat tersebut di keluarkan tetap sah dan di guna pakai sehingga kini.

Walau bagaimana pun fatwa sudah di keluarkan bahawa amanat tersebut bertentangan dengan ajaran Islam, namun sehingga ke hari ini Hadi Awang masih lagi belum menarik balik fatwa tersebut kerana keegoannya walaupun Hadi Awang berhasrat mahu menerangkan tentang isu berkenaan dengan memohon siaran langsung dalam media selama 1 jam.

Mengapa baru sekarang Hadi Awang berhasrat mahu menerangkan tentang amanat tersebut sedangkan sudah ramai terpengaruh dengan amanat tersebut sehinggakan berlaku kafir mengkafir.?

Apa pun Hadi Awang perlu menarik balik amanat tersebut sebelum mahu memperjelaskan pada orang ramai kerana selagi Hadi Awang tidak menarik balik amanat tersebut, selagi itu masih ada berlakunya kafir mengkafir.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog