pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, January 2, 2013

Panas !!! Zul Kulim Buat Anwar Kancing Gigi Nak Jawap Soalannya.



Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin hari ini (Kelmarin) membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan Pas ekoran pendirian yang tidak tetap dan berubah-ubah dalam isu kalimah penggunaan nama Allah untuk penganut Kristian yang cuba ditimbulkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini.

Menurut beliau, isu kalimah Allah ini bukanlah satu isu politik, tetapi ia adalah isu yang berkaitan dengan akidah umat Islam di mana kepimpinan Pakatan Pembangkang yang berbangsa Melayu dan Islam, perlu memgambil pendirian yang tetap tanpa perlu merujuk kepada mana-mana pihak yang bukan Islam.

“Kalau dulu, kepimpinan Pakatan Pembangkang, termasuk Pas bersetuju dengan isu kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam. Tetapi hari ini, saya lihat Pemuda Pas dan juga Datuk Harun Taib telah menyatakan rasa tidak setuju mereka. Begitu juga dengan Datuk Harun Din yang tetap konsisten dengan pendirianya. Tetapi mengapa Anwar selaku ketua dalam Pakatan, buat kenyataan perkara ini akan dibincangkan semula?

Saya nak tanya pada Anwar, apakah isu kalimah Allah ini beliau nak rujuk dulu pada Karpal Singh atau Lim Guan Eng? Apakah beliau perlu merujuk kepada dua individu ini baru nak ambil pendirian tetap tentang soal ini? Sekali lagi saya tegaskan, ini bukan soal politik tetapi soal akidah. Apakah soal akidah umat Islam, kita perlu rujuk pada orang bukan Islam?,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, sekiranya dalam isu asas dan fundamental seperti ini pun tidak mampu di tangani oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimana mereka mahu menghadapi isu-isu yang lebih mencabar kelak sekiranya ditakdirkan Pakatan menguasai kerajaan?

“Sebab itu jelas, kepimpinan Pakatan Pembangkang tidak layak dan tidak mampu untuk mentadbir negara. Dalam isu seperti ini pun, mereka tidak mampu untuk mengambil satu ketetapan. Kepimpinan Pakatan memang tidak tetap pendirian dan sentiasa berubah-berubah mengikut kepentingan politik mereka.

“Saya harap rakyat tidak tertipu dengan permainan politik mereka. Pakatan sebenarnya tidak ada kesepakatan. Bahkan mereka juga tidak ada pendirian. Kenyataan atau janji mereka boleh berubah dari masa ke semasa dan saya yakin, rakyat sudah mula nampak dan menyedari perkara ini terutama di negeri yang diperintah oleh Pakatan Pembangkang,” jelasnya. -MediaUMNO

2 comments:

Anonymous said...

MCM NI LA.... ELOK TNY ANWAR ELOK2 SAMA ADA DIA MASIH SEORANG ISLAM ATAU DIA NAK TUKAR AGAMA... ELOK KALAU DIA NAK TUKAR AGAMA BIARLAH, TAPI DIA X BOLEH DOK DLM MSIA NI LAGI....

qaesya laila said...

blog macai umngok.... sori.. truskan dgn pemfitnahan2 korg sume...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog