Pisau Kedah tak tau la apa nak jadi dengan bakal Calon PAS ( Calon yang di angkat diri sendiri ) yang akan bertanding di Parlimen Padang Terap untuk mengantikan YB Nasir Zakaria.
Individu yang Pisau Kedah maksudkan adalah Si Leman Raja Lawak ( Leman Lembu ) yang dok geli-geli lubang pungkoq nak jadi calon PAS untuk bertanding di atas tiket Parlimen Padang Terap. Selain itu, Si Leman Lembu ini juga dalam beberapa hari yang lepas telah mengangkat dirinya sendiri sebagai Ayahnda Leman kerana merasa dirinya hebat di sebabkan memegang jawatan Presiden Panglima.( jawatan yang di anugerahkan Mat Sabu )
Terbaru, akhbar Harian Metro telah mendedahkan satu kisah yang bakal melenyapkan angan-angan Si Leman Lembu untuk menjadi calon PAS yang akan bertanding di Padang Terap apabila seorang Janda telah membuat laporan Polis bahawa dia telah di tipu oleh si Leman Lembu beribu-ribu ringgit
Bermodalkan perwatakan alim, seorang pelawak tanah air didakwa memperdaya mangsanya sejurus melarikan diri selepas meminjam ribuan ringgit untuk kempen ‘politiknya’.
Pelawak daripada program rancangan realiti itu berjanji melangsaikan semua hutang selepas dibayar parti terbabit, namun sejurus masanya, dia memberi banyak alasan termasuk memaki-hamun dan menghilangkan diri.
Mendedahkan perkara itu, mangsa dikenali Saerah, 39, berkata, dia kerugian RM7,000 selepas pelawak terbabit meminjam wang daripadanya dengan alasan dijadikan modal berceramah di Teluk Intan, Perak.
Dia yang juga ibu tunggal berkata, dia mengenali pelawak itu melalui rakannya tahun lalu dan hubungan mereka erat apabila pelawak terbabit sering ke kedai makannya di daerah itu selepas menyampaikan ceramah.
Katanya, pada awal perkenalan, pelawak terbabit menunjukkan sikap baik, namun di sebalik itu, dia merancang memperdayakannya.
“Pada 30 September dan 20 Oktober lalu, lelaki itu meminta saya menempah bilik hotel berikutan dia dari Kedah dan diundang memberikan ceramah. Kerana percaya, saya melakukannya sebelum dijanji dibayar semula wang itu,” katanya.
Pada 21 September lalu, katanya, pelawak berkenaan meminjam RM4,500 selepas memaklumkan keretanya dimasukkan ke bengkel dan ia menyukarkannya menyampaikan ceramah.
“Atas dasar percaya dan diajak menyertai parti, saya memasukkan RM4,500 menerusi ATM di Teluk Intan dan dia berjanji membayarnya pada 2 atau 3 Oktober lalu. Pada 27 September, saya menghubunginya untuk mengingatkan pembayaran itu, namun malangnya telefonnya itu dipegang rakan di Kelantan,” katanya.
Menurut Saerah, melalui perbualan bersama rakannya, difahamkan pelawak itu dimasukkan ke hospital dan telefon itu dicagar RM780.
“Kerana sukar berkomunikasi dengan pelawak terbabit, saya mendahulukan wang RM780 kepada rakannya sebelum telefon itu diserahkan semula. Keesokan, pelawak itu menghubungi memaklumkan dia sudah sembuh, kesempatan itu saya meminta semula semua wang,” katanya.
Namun kata Saerah, lelaki itu memberi alasan dia tiada wang kerana tidak menerima undangan ceramah selain menerima sedikit bayaran hasil ceramah politiknya sebelum ini.
“Pada awal Oktober, pelawak itu memaklumkan dia akan ke ibu kota kerana ditawarkan berlakon. Ketika itu, saya sedikit gembira kerana kemungkinan wang saya dibayar, namun pada 4 Oktober lalu dia mendakwa dompet dan wang RM1,780 miliknya hilang,” katanya.
Menurutnya, insiden itu membuatkannya sangsi sama ada dipergunakan pelawak terbabit, namun terpaksa mengalah apabila lelaki itu sekali lagi meminjam RM1,500 untuk memperbaharui cukai jalan.
“Selepas berasa tertipu, akhir Oktober lalu saya meminta semula wang itu namun pelbagai alasan diberikan termasuk memaki hamun saya,” katanya.
Saerah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan pada jam 10 pagi, kelmarin.
Timbalan Ketua Polisnya, Superitendan Mohd Zaki Harun ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan itu dan siasatan dijalankan.
Selain polis, Saerah turut melaporkan kes itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering, ibu pejabat parti politik itu dan Persatuan Seniman Malaysia.
Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, berikutan pelawak itu ahlinya dan terbabit kes penipuan, dia akan digantung keahlian.- Harian Metro
Pisau Kedah :-
Kalau semua nak tau si Leman Lembu ni bukan setakat duit Janda tu di sapu, malahan ramai lagi yang menjadi mangsanya. Dahulu bekas tunang Si Leman Lembu pernah membuat laporan Polis keatas dirinya kerana kebas duit loan bekas tunangnya.
Semasa berniaga di Up Town Sungai Petani, Si Leman Lembu ini juga pernah menipu duit rakan-rakannya yang berniaga di situ. Pisau Kedah pernah cuba minta perniaga tersebut membuat pendedahan namun peniaga tersebut enggan membuat pendedahan kerana ianya hanya melibatkan jumlah wang sedikit sahaja dan biarlah Allah S.W.T yang membalas apa yang di lakukannya.
No comments:
Post a Comment