pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, January 1, 2013

Panas !!! Ostazah Mee Segera PAS Atau Abby Abadi Memperkecilkan Isu Kalimah Allah @abby_abadi112 @ustazfathulbari @tunfaisal




Inilah hasilnya apabila Ostazah Mee Segera PAS mendapat ilmu setelah menganut ajaran otak hijau. Hanya kerana keuntungan politik PAS, Ostazah Mee Segera PAS menganggap isu kalimah Allah yang di tuntut DAP untuk di guna pakai dalam Bible adalah isu yang kecil berbanding menghina / menolak hukum Allah.

Apakah Ostazah Mee Segera PAS seorang yang beragama Islam sanggup membiarkan kalimah Allah di jadikan senjata bagi bukan Islam terutamanya DAP untuk mempengaruhi Umat Islam Malaysia Generasi akan datang menganggap semua agama adalah sama ( fahaman pluralisme ) seperti mana kepercayaan Anwar Ibrahim selaku ketua dalam Pakatan Haram.

Yang pastinya pemimpin DAP yang majoritinya Kristian bukan berniat saja-saja untuk menuntut penggunaan kalimah Allah di dalam Bible sebaliknya pemimpin DAP yang memerangi Islam mempunyai agenda tertentu sekiranya penggunaan kalimah Allah di dalam Bible di benarkan.
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. ” [Al Baqarah 120] 
Dari Abu Sa‘id Al Khudri, ia berkata: “Rasululah bersabda: ‘Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, niscaya kalianpun akan masuk ke dalamnya.’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah kaum Yahudi dan Nasrani?’ Sabda Baginda: “Siapa lagi kalau bukan mereka.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Sudah jelas Allah S.W.T memperingati Umat Islam bahawa golongan Yahudi dan Nasrani yang memerangi Islam tidak akan berasa senang terhadap Umat Islam selagi Umat Islam tidak mengikuti kemahuan mereka sepertimana yang sedang berlaku kini terhadap Umat Islam di Malaysia apabila orang yang memerangi Islam sedang menuntut penggunaan kalimah Allah dalam Bible supaya mereka dapat mempengaruhi Umat Islam Generasi akan datang mengikut jejak langkah mereka.


Sekiranya Ostazah Mee Segera PAS hendak bercakap soal hukum Allah, apakah Ostazah Mee Segera sedar akan apa itu yang di maksudkan hukum Allah. 

Untuk pengetahuan Ostazah Mee Segera PAS dan semua, Hukum Allah bukan saja merangkumi Hukum Hudud sahaja, Hukum Allah ianya meluas jika di tafsirkan. Hukum Hudud merupakan sebahagian kecil dari Hukum Allah seperti mana yang di perkatakan Hadi Awang selepas PAS berjaya mentadbir Kerajaan Negeri Terangganu satu ketika dahulu.

Melaksana Hukum Hudud kini bagi PAS bukan la satu perkara utama yang di perjuangkan PAS setelah menjalinkan hubungan politik bersama-sama DAP dan PKR di Malaysia. Perjuangan PAS kini hanya berlandaskan buku jingga yang di tandatangani bersama antara ketua pemimpin 3 parti dalam Pakatan Haram.

Telah jelas di dalam buku jingga termasuklah Manifestor PAS pada PRU 13 tiada langsung di janjikan perlaksanaan Hukum Hudud termasuklah kenyataan dari Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali bahawa " Hukum Hudud Bukan Agenda Utama PAS Di Dalam Pakatan".

Apakah ini menunjukan PAS juga menolak/menghina Hukum Allah ?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog