pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, January 4, 2013

Hot !!! Dalam Isu Kalimah Allah, Anwar Di Perkudakan DAP


Dalam kenyataan terbaru Anwar Ibrahim berkenaan isu Kalimah Allah." Pihak Pakatan Haram akan mengadakan Mensyuarat Majlis Pakatan Haram pada 8hb Januari " bagi membincangkan isu panas yang di timbulkan Setiausaha Agung parti DAP, Lim Guan Eng.

Selain itu Anwar Ibrahim yang juga ketua Pakatan Haram cuba mengambil langkah selamat apabila menyatakan kalimah Allah merupakan hak mutlak orang Islam di Negara ini walaupun sebelum ini pada 05 September 2009 di satu Majlis yang di adakan di Ipoh, Perak. Anwar pernah menyatakan agama lain mempunyai hak untuk menggunakan kalimah Allah.te

Dalam kenyataan terbaru itu juga, Anwar Ibrahim mengatakan sekiranya ada pandangan baru berkenaan isu kalimah Allah, Pakatan Haram akan memperbincangkan dalam majlis tersebut. ( Menunjukan tiada ketegasan dalam mempertahankan kalimah Allah )



Sekiranya kalimah Allah hak mutlak Islam, kenapa perlu hendak di perbincangkan dalam Pakatan Haram kerana ia sudah terang hak mutlak orang Islam !!!

Permasalah isu tuntutan penggunaan kalimah Allah bukan satu isu baru, sebelum ini ada pihak sudah menuntutnya dalam Pakatan Haram. Sekiranya Anwar bertegas mengatakan kalimah Allah hak mutlak orang Islam, mengapa DAP melalui Lim Guan Eng dengan berani telah menuntut penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu ?.

Apakah DAP tiada langsung perasaan hormat terhadap sensitiviti agama walaupun DAP mengetahui kalimah Allah merupakan hak mutlak orang islam.

Bayangkan la kalau Pakatan Haram mentadbir Negara pastinya tuntutan ini akan di turuti Anwar kerana ketika itu DAP sudah mempunyai kuasa dalam pentadbiran Negara. Kuasa majoriti dalam Pakatan Haram terletak dalam tangan DAP. Anwar dalam hendak mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri hanya bergantung nasib kepada kerusi DAP.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog