pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, October 11, 2012

Tu Dia !!! Ustaz Nasha Buat Anwar Tersentap Dengan Pendedah Surat Dari Ulama Terkenal Dunia.



Sebelum ini kita sering mendengar Anwar selalu menjual nama Tokoh Ulama terkemuka, Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi menyokongnya menjadi Perdana Menteri Malaysia bagi mengantikan pemimpin dari kalangan orang UMNO yang di katakan zalim.


Namun apa yang di sampaikan Ustaz Nasha ini pastinya akan membuat Anwar tersentap apabila, Ulama terkemuka itu melalui surat yang di sampaikan melalui Timbalan Pengarah Yayasan Al-Quds Beirut , Dr Aiman Zaidan kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, TS Muhyiddin Yassin mengiktiraf Kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang perihatin di dalam membantu negara-negara Islam.

Dari perkhabaran yang Pisau Kedah terima, Ulama terkenal, Yusuf Al-Qaradawi tidak suka akan namanya di gunakan Anwar Ibrahim bagi menipu rakyat di Malaysia.


KUALA LUMPUR : Tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengutus surat kepada kerajaan Malaysia bagi menghargai sumbangan negara ini dalam membantu rakyat Palestin. 
Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa, surat daripada ulama tersohor berkenaan diserahkan oleh Timbalan Pengarah Al-Quds Beirut, Dr. Aiman Zaidan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, selepas Majlis Perasmian Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. 
''Al-Qaradawi yang merupakan Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds International yang beribupejabat di Beirut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas sumbangan berterusan terhadap isu Palestin. 
''Beliau juga menghargai sumbangan berjumlah AS$5 juta oleh Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bagi membiayai pembinaan sebuah kolej kesihatan di Al-Quds,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 
Menurut Nasharudin, selain menghargai keprihatinan Malaysia dalam isu Palestin, Al-Qaradawi juga mendoakan kesejahteraan Najib, Muhyiddin, kerajaan dan rakyat Malaysia. 
''Al-Qaradawi yakin bahawa Malaysia akan terus memberi sumbangan dan sokongan terhadap isu-isu Islam serta umat Islam seluruh dunia khususnya di Palestin,'' katanya. -Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog