pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, June 1, 2012

Terpanas !!! Pendedahan Bekas Ketua Polis berkenaan salah laku bekas Timbalan Perdana Menteri




WAWANCARA Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah cuba campur tangan dalam siasatan kes Liwat 1.
Musa mendakwa Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa itu mengarahkannya beliau supaya melapor hasil siasatan kepadanya walaupun Anwar merupakan tertuduh dalam kes itu. 
"(Anwar) minta saya lapor kepada dia tiap-tiap malam. Saya kata tak boleh (sebab) saya profesional. Kalau saya lapor pun kepada Ketua Polis Negara," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.
Musa mendakwa beliau turut didatangi adiknya, Datuk Fuad Hassan yang menurutnya dihantar Anwar untuk memintanya "membantu" Anwar dalam kes itu. 
"Saya kata tak boleh sebab saya pegawai polis. 'Kalau you (Fuad) terlibat campur tangan saya tangkap you walau pun you adik saya.' Saya profesional," katanya. 
Lihat video di bawah : 

      Video : Wawancara dengan Musa Hassan
Fuad pada masa itu adalah ADUN Hulu Klang dan kini merupakan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA). 
Musa berkata perdana menteri pada masa itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad memberinya amaran agar menyiasat kes itu dengan telus. 
"Dia panggil saya tanya 'betul ke kamu siasat?' Dia kata 'you siasat betul-betul. Kalau you mengadakan keterangan palsu you masuk jail'," katanya.
  
Tukar tarikh kejadian 
Mengulas lanjut mengenai perjalanan perbicaraan kes itu, Musa berkata Peguam Negara bertanggungjawab ke atas keputusan meminda tarikh kejadian yang didakwa berlaku dalam pertuduhan tersebut sehingga tiga kali. 
Namun, beliau menegaskan bahawa siasatan yang dijalankannya pada masa itu sudahpun lengkap untuk membolehkan Anwar didakwa di mahkamah. 
"(Tarikh berubah-ubah) itu dakwaan punya side-lah (perlu jawab). Saya tak boleh nak jawab. Siasatan sudah lengkap tapi boleh jadi tarikh (berubah-ubah) kerana kejadian dah lama. 
"Bila benda dah lama orang tak ingat tarikh," katanya yang tetap percaya bahawa Anwar bersalah atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa kerana terdapat bukti mencukupi pada masa itu. 
Peguam Negara pada masa itu adalah Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah sementara Peguam Negara sekarang, Tan Sri Gani Patail mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes tersebut. 
Individu yang mendakwa diliwat Anwar dalam kes berkenaan, Azizan Abu Bakar mendakwa kejadian tersebut berlaku di Tivoli Villa, Bangsar. 
Namun, ketika tarikh kejadian yang didakwanya itu, kondominium berkenaan masih belum disiapkan. 
Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar dari pertuduhan itu dengan keputusan majoriti pada tahun 2004. 
Ambil spesimen darah 
Musa turut mengaku bahawa polis mengambil sampel darah Anwar selepas insiden 'mata lebam' – kerana ditumbuk ketua polis negara pada waktu itu, Tan Sri Rahim Noor. 
Sampel darah itu digunakannya untuk siasatan dalam kes Liwat 1.
"Darah itu saya ambil kerana masa dia ditangkap (isteri Anwar) Datin Wan Azizah kata polis nak suntik dia dengan darah AIDS. Apabila dia cakap begitu saya kena buat report. 
"Kalau betul dia ada AIDS, saya takut polis yang kena tohmah," kata Musa yang mempertahankan bahawa tindakannya itu dibuat mengikut menurut undang-undang dan prosedur. 
"Saya pernah gunakan untuk ujian DNA untuk tilam. Saya kena siasat menyeluruh sebab tuduhannya menyeluruh," katanya. seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog