KENYATAAN RASMI MENJAWAB PEMBOHONGAN DAN FITNAH
SANUSI MD NOR SETPOL MB KEDAH
Di dalam Blog Sanusi Setpol MB Kedah, buat kali yang kesetrusnya Setpol MB terus membohongi rakyat Kedah di atas kepincangan Kerajaan Kedah mengawal pembangunan pelajar dan akademik di Insaniah.
Kami barisan mahasiswa prihatin yang bertanggungjawab dalam kezaliman yang dilakukan kepada 5 mahasiswa yang digantung sehingga kami membawa kes ke mahskamah apabila ditolak KUIN untuk kami cadangkan perdamaian di luar mahkamah. Alhamdulillah Allah bersama pihak yang benar, walaupun kami adalah orang kuat pakatan rakyat dan juga mendapat penganiyaan daripada Kerajaan Pakatan Rakyat.
JAWAPAN PEMBOHONGAN SANUSI YANG PERTAMA
Beliau berkata : “Tidak campurtangan dalam soal pentadbiran institusi/ jabatan yang mempunyai prosedur dan peraturan tetap yang selari dengan kehendak undang-undang yg sedang berkuatkuasa- termasuk dalam kes KUIN...ini juga sebahagian intisari Buku Jingga.”
Jawapannya:
Lampiran 1 : bukti MB campurtangan |
- Sanusi Setpol MB sendiri memanggil kami dan wakil pelajar yang digantung ke wisma di Pejabat MB untuk menyelesaikan isu tindakan tatatertib KUIN. Tindakan memanggil oleh seorang yang berjawatan kanan dengan MB Kedah dan lokasi dilakukan di Pejabat MB Kedah membuktikan penglibatan kuasa MB Kedah
Ulasan
- Ini hanya sebahagian penyataan yang membuktikan penglibatan MB Kedah dalam campurtangan dalam soal pentadbiran institusi/ jabatan yang mempunyai prosedur dan peraturan tetap yang selari dengan kehendak undang-undang yg sedang berkuatkuasa- termasuk dalam kes KUIN
- Begitu juga apa yang sedang menjadi krisis kini masalah gaji dan kenaikan elaun staf KUIN juga diputuskan oleh MB Kedah
JAWAPAN PEMBOHONGAN SANUSI YANG KEDUA
Beliau berkata : “ Peraturan/ Akta yang terpakai di KUIN bukanlah AUKU yang dinyatakan dalam Bukun Jingga akan dihapuskan bila PR menjadi kerajaan, tetapi adalah undang-undang berikut
i. Private Higher Education Institutions Act 1996 (ammended 2009).
ii. Perlembagaan KUIN
iii. Kaedah2 Tatatertib Pelajar 2007. Kesemua akta dan undang2 ini tidak tersenarai dalam undang2 yg akan di hapuskan bila PR menjadi kerajaan. Maka KUiN dan MB tidak menyalahi sebarang kehendak buku itu.”
JAWAPAN
- Pakatan Rakyat melawan AUKU bukan kerana namanya tetapi kerana intipatinya yang dapat menyekat kebebasan mahasiswa untuk bersuara. Ini bercanggah dengan prinsip pakatan rakyat. Datanglah apa nama sekali pun walaupun bukan AUKU tetapi isinya sama dengan AUKU tetap menjadi suatu pertentangan dengan agenda pakatan rakyat.
- Jika pun kalau dikatakan perkara (i), (ii) dan (iii) tidak boleh diubah dan ia diguna pakai di KUIN , semestinya budi bicara dalam menyelesaikan masalah boleh digunakan. Budi bicara ini bukan berti ikut sesuka hati tetapi berdasarkan semangat dan ikatan janji pakatan rakyat memberikan peluang kepada anak muda menyuarakan pandangan .
JAWAPAN PEMBOHONGAN SANUSI YANG KETIGA
Beliau berkata : Asas yang mencetuskan demontrasi pelajar di Masjid Sultanah dan asrama Al- Razi adalah satu tuduhan dan sangkaan yang tidak benar - Bathil- tidak ada sebarang arahan dan tindakan daripada pentadbiran KUIN supaya bangunan asama itu dikosongkan oleh pelajar tahiz untuk beri laluan kepada smart school. Sebaliknya bangunan itu dikosongkan oleh ITM kampus kota (city campus) yg berpindh ke lokasi lain.
JAWAPAN
- Kenyataan Sanusi mengatakan tiada sebarang arahan dan tindakan daripada pentadbiran KUIN supaya bangunan asama itu dikosongkan oleh pelajar tahiz untuk beri laluan kepada smart school adalah suatu PEMBOHONGAN dan PENDUSTAAN secara terang oleh Sanusi dan ini hanya sebagai jarum politik untuk menutup kelemahan MB Kedah dalam mentadbir KUIN.
- Buktinya Surat arahan pentadbiran KUIN supaya bangunan asama itu dikosongkan oleh pelajar tahiz untuk beri laluan kepada smart school telah dikeluarkan pada 14 November 2010 , no rujukan surat 102/2006 (50) ditujukan kepada Pengetua Asrama dan ditandatangani oleh Abd Latif Bin Din, Bendahari KUIN. Tajuk surat tersebut ialah PENGOSONGAN BLOK A KOLEJ KEDIAMAN AL RAZIY. Isi kandungannya ialah pengosongan untuk digunakan oelh Sekolah Bersepadu Islam (Smart School).
(Sila lihat surat lamppiran 2)
Lampiran 2 : bukti KUIN usir pelajar untuk kegunaan Semart School |
JAWAPAN PEMBOHONGAN SANUSI YANG KEEMPAT
Beliau berkata : Gangguan yang berterusan melalui beberapa siri demontrasi, penyalahgunaan spreaker corner, kenyataan media, dan memfitnah pihak pentadbiran dalam soal urusan urustadbir universiti tidak sewajrnya diangkat sebagai agenda perjuangn mahasiswa. Pelajar memohon masuk ke KUiN untuk menjadi pelajar, bukan sebagai pentadbir.
- Kenyataan yang diberikan oelh Sanusi adalah kenyataan yang menggambarkan ketakutan sebuah Kerajaan berhadap denga suara mahasiswa , dan kenyataannya adalah persis kenyataan pimpinan BN yang takutkan mahasiswa.
- Apa sahaja persoalan yang ditimbulkan mahasiswa walaupun sekecil mana pun , itulah suara rakyat dan tidak boleh dinafikan.
- Pelajar KUIN masuk KUIN memanng untuk belajar , tetapi bukan hanya untuk mendapatkan segulung sijil. Ilmmu yang dipelajari perlu diterjemahkan dalam bentuk Islam yang hidup. Kebenaran tetap dinyatakan walaupun Sanusi dan KUIN merasa pedih.
- Kenapa mahasiswa menolak BN dalam siri demonstrasi mendapat pujian pakatan rakyat , tetapi bila pakatan rakyat memerintah kenapa Bikin tak Serupa Cakap.
JAWAPAN PEMBOHONGAN SANUSI YANG KELIMA
Beliau berkata :Kes ini telah dibawa ke mahkamah, biar mahkamah memutuskan dalam semakan kehakiman yang dipohon dan di failkan oleh pelajar. Prosedur tindakan tatatertib telah dibuat selaras dengan kehendak akta dimulai dgn penubuhn jawatankuasa siasatan ( bg menentukan adanya prima facie kes) yg diketuai oleh Prof Dr Wan Sulaiman. Jawatankuasa Disiplin melaksanakan prosiding dengn betul di ketuai oleh Prof Dr Muslim dan Jawatankuasa rayuan (diketuai Prof Madya Dr Zakarian Man) telah mempertimbangkan rayuan. - hukuman kekal.
JAWAPAN:
- Prosiding yang dilakukan oleh Jawatan kuasa Disiplin yang diketuai oleh Dr Muslim dijalankan dengan tanpa menuruti garis panduan tatatertib yang sah:
o Keputusan perbicaraan dibuat sejurus selepas perbicaraan dilakukan, tanpa membuat analisa dan kajian di atas perbicaraan. Mahkamah lain pun mengambil masa beberap hari untuk memastikan hukuman itu adil dan saksama, tetiba sahaja Mahkamah KUIN tak perlukan masa untuk mengambil keputusan.
o Jawatankuasa tidak member peluang kepada 5 pelajar yang dituduh mendatang bukti dan saksi bagi tujuan pembelaan
o Jawatankuasa disiplin bertindak mengelluarkan keputusan tanpa sebarang nota perbicaraan. Saudar Faiz telah menulis secara rasmi untuk mendapatkan nota perbicaraan namun gagal diberikan pihak KUIN kerana KUIN tak tulis pun . Setelah didesak oleh Faiz , hingga kini nota perbicaraan gagal diberikan oleh KUIN sedankan di dalam Buku tatatertib KUINmembenarkan si yang dituduh atau waris mendapatkan salinan nota perbicaraan.
Sehubungan itu pihak Gerakan Mahasiswa Prihatin KUIN mengharapkan agar Sanusi tidak lagi membuat provokasi dan penipuan terhadap dakwaan yang berkaitan pelajar yang telah diberikankemenganan oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini. Ini adalah kerana berbohong itu berdosa , dan orang yang sentiasa melakukan dosa akan masuk neraka (Minta dijauhkan)
Yang benar,
No comments:
Post a Comment