pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, June 19, 2012

Panas !!! Kelab Putra kepunyaan Dato Azeez buat hal pulak



Siapa tak kenal Tok Azeez ni memang bohong la, Tok Azeez ni kalau golongan muda lebih suka gelarkan Dato Rempit, kalau hampa nak tau mengerikan kalau tengok Tok Azeez bawa motor, Pisau kedah pun takut nak tumpang.

Tok Azeez juga terkenal dengan sifat permurahnya yang suka memberi pertolongan kepada siapa yang memerlukan, tambahan melibatkan misi membawa pulang warga Malaysia yang memerlukan pertolongan.

Terbaru Tok Azeez dan Kelab Putra 1 Malaysia dengan kerjasama Lembaga Persahabatan Indonesia Malaysia (PRIMA) telah membuat satu misi membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang terlantar sakit di Indonesia sewaktu berada di sana.

Brig Jen (B) Datuk Ir Ahmad Sujak Bin Bon, 66 tahun merupakan bekas Pegawai Tertinggi Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang mengidap penyakit angin ahmar dan keluarga Ahmad Sujak memerlukan bantuan untuk membawa pulangnya dari Indonesia.

Dengan rasa tanggungjawap Dato Azeez melalui Kelab Putra 1 Malaysia telah tampil menghulurkan bantuan dengan menyediakan sebuah pesawat yang di terbangkan khas ke Indonesia untuk membawa pulang mangsa.

Kini Ahmad Sujak selamat pulang ke Malaysia pada pukul 2.00 petang tadi di Lapangan Terbang TUDM Subang dan di bawa terus ke Hospital Besar Sungai Buloh untuk menerima rawatan seterusnya.

Keluarga Brig Jen (B) Datuk Ir Ahmad Sujak menanti di Lapangan Terbang TUDM Subang
Pesawat khas yang telah membawa pulang mangsa selamat tiba pada pukul 2.00 petang

Ahmad Sujak di bawa keluar dari pesawat
Ambulance telah bersiap sedia untuk membawa Ahmad Sujak ke Hospital Besar Sungai Buloh .



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog