pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, June 15, 2012

Azizan Razak,Setpolnya dan CEO PMBKed pasti gelabah dengan pembongkaran ini

Hebat Azizan Razak and the geng. sampai kesudah tak mengaku punca air Lata Chelak di Kupang, Baling menjadi terlalu keruh di sebabkan pengambilan balak yang tidak terkawal dan sehingga kini Azizan Razak and the geng tetap dengan teori merapu berkenaan kekeruhan air Sungai Lata Chelak di sebabkan hujan lebat.

Pisau Kedah tak tau la macam mana Azizan Razak and the geng boleh buktikan teori kekerohan yang teruk bukan di sebabkan pembalakan yang tidak terkawal di Kawasan Gunung Inas, kawasan yang hendak di bangunkan Ladang Rakyat.

Terbaru SETPOL MB, si Sanusi Md Nor membuat teori bodoh dengan mengunakan air dalam botol entah yang di ambil dari mana bagi membuktikan air tidak keruh seperti yang telah di dedahkan oleh Team Media Kedah


Memang lawak la bila SETPOL bagi bukti air Sungai Lata Chelak tidak keruh dengan menunjukan air dalam botol entah dari mana di cedoknya lepas tu kata air dari Gunung Inas airnya keruh di tahap minimum.

Pisau Kedah tak tau la macam mana Azizan Razak, Menteri Besar Kedah boleh ada SETPOL yang tak berapa cerdik seperti Sanusi Md Nor ni, buat malu Azizan Razak sahaja.

La ni Pisau Kedah nak jawap balik apa yang si Sanusi ni kata dalam kenyataannya baru-baru ini..

Sanusi kata , isu permasalahan di sebabkan pembalakan hanya di politikan tapi terbukti Sanusi yang mempolitikan isu balak ini, kalau ya pun di luluskan di zaman BN, ianya bukan menjadi satu masalah kelulusan dari zaman pemerintahan BN seperti apa yang di perkatakan Sanusi si Setpol MB yang tak berapa cerdik ini, Setpol MB perlu tahu  apa yang panas di perkatakan adalah kerosakan terhadap alam sekitar bukannya  media mempertikaikan siapa yang lulus pembalakan yang telah di lakukan.

Persoalan Pisau Kedah kepada SETPOL MB, CEO PMBKed dan Menteri Besar Kedah yang tengah gelabah dengan pembongkaran isu pembalakan di Kawasan yang hendak di bangunkan Ladang Rakyat.

Apa yang dapat kita tengok media mempertikaikan cara pembalakan yang tidak terkawal, dan tidak mempunyai EIA setelah menukar status kawasan Hutan Simpan Kekal ke status Hutan Peladangan untuk bangunkan projek Ladang Rakyat. Sebagai bukti Team Media Kedah tunjukan Video kenyataan dari pegawai Perhutanan yang mengatakan "EIA Baru Dalam Proses Pemohonan".. Bukankah nak tukar status Hutan Simpan Kekal ke Hutan Peladangan memerlukan EIA dari Jabatan Alam Sekitar ?? mana dia EIA yang telah di luluskan ? sedangkan projek Ladang Rakyat sudah di mulakan lama dah.


Pisau Kedah cabar siapa saja boleh jawap pertanyaan ini itu pun kalau berani la,  tak kira la SETPOL MB ka ataupun CEO PMBKedah ataupun Azizan Razak nak jawap, Berapakah Tarikh Hutan Simpan Kekal ini di tukar status ke Ladang Hutan ? di manakah EIA dari Jabatan Alam Sekitar semasa penukaran status hutan. ?

Mungkin Azizan Razak and the geng boleh spin tentang pembalakan yang tak perlukan kelulusan EIA kerana balak yang telah di ambil kawasan Gunung Inas adalah di bawah 500 hektar dan mengikut undang-undang tak perlu EIA,.tetapi Azizan Razak and the geng kena jawap di mana EIA semasa penukaran status Hutan.

Pisau Kedah nak jawap dan menyoal berkenaan teori bodoh Azizan Razak and the geng berkenaan "Air Keruh sebab hujan lebat bukan di sebabkan pembalakan"

Kalau Azizan Razak and the geng nak tengok sangat keadaan sebenar air Sungai Lata Chelak  di kawasan yang sudah di ambil balak dan di kawasan Sungai Lata Chelak yang belum di ambil balak cukup berbeza ketara, kualiti kejernihan air.


Pisau Kedah nak mempersoalkan Azizan Razak and the geng, kenapa kualiti air dalam video yang di ambil pada hari yang sama,laluan sungai yang sama terlalu teruk dan cukup berbeza di antara kawasan yang sudah di ambil balak dan kawasan yang belum di ambil balak dalam kawasan Gunung Inas. Apakah di sebabkan hujan lebat menjadi punca utama air keruh dan bukannya kerana balak yang di ambil tak di kawal ? Apakah Azizan Razak and the geng mahu menafikan video ini ? 

Sekiranya Azizan Razak and the geng mahu menafikan video Pisau Kedah ini, Pisau Kedah cabar Azizan Razak and the geng tunjukan video suasana sebenar sungai Lata Chelak di tempat yang telah di ambil balak dengan tempat yang belum di ambil balak di kawasan Gunung Inas. Ada berani sahut cabaran Pisau Kedah ??

Pisau Kedah cabar Azizan Razak and the geng minum air dari paip ini !!!

Kakitangan Jabatan Alam Sekitar melihat sendiri bagaimana keruhnya air 
yang di gunakan penduduk kampung

Gambar keadaan kualiti air di dalam rumah

Zalim !!! Air macam ni Azizan Razak and the geng berikan pada penduduk kampung.

Kasihan penduduk kampung di perlakukan begini oleh Parti yang 
mengaku parti mereka lebih islam dari parti lain




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog