pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, June 28, 2012

Panas !!! Duit baru Ringgit Malaysia akan berada di pasaran 16 Julai ini




Bank Negara Malaysia (BNM) akan mula mengedarkan wang kertas Ringgit Malaysia siri baru pada 16 Julai 2012 ini setelah wang syiling baru yang kini sudah diguna pakai di seluruh negara untuk mengantikan reka bentuk yang lama.

Oleh itu pihak BNM sejak beberapa bulan yang lalu telah mengadakan beberapa sesi pertemuan dengan pihak berkepentingan bagi menerangkan pengenalan wang kertas Ringgit Malaysia siri baru untuk mengelak wujudnya kekeliruan dan berharap ianya berjalan dengan lancarnya setelah pengedaran wang kertas siri baru di mulakan.

Dalam kenyataan BNM sekiranya pihak berkepentingan tersebut belum berbuat demikian, mereka hendaklah mempercepatkan pengubahsuaian mesin mereka agar boleh menerima wang kertas siri baru untuk kemudahan orang ramai.

Seandainya pengubahsuaian mesin mereka tidak dapat disiapkan menjelang 16 Julai ini, penyelesaian alternatif hendaklah disediakan, contohnya penyediaan kaunter pertukaran wang kertas atau kaunter tiket manual.

Orang ramai boleh menghubungi BNMLINK di 1-300-88- 5465 atau menelefon 03-26988044 sambungan 7307/ 8658 atau menghantar e-mel kepada ncs@bnm. gov. my untuk maklumat lanjut.

Wang kertas yang mempunyai ciri – ciri reka bentuk tersendiri dan unik kerana memaparkan keunikan Malaysia dari segi keindahan semula jadi Malaysia, budaya Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa dan khazanah Malaysia yang tak ternilainya.

Lebih menariknya mata wang Ringgit Malaysia yang bernilai RM 20 mula diperkenalkan kembali setelah di lupuskan. Tujuan mata wang RM 20 diperkenalkan adalah bertujuan mengurangkan jurang jumlah di antara RM 10 dan RM 50 untuk mempermudahkan di dalam urusan jual beli.

Denominasi, Substrat, DimensiWarna bagi reka bentuk Ringgit Malaysia siri baru “RM100 – Kertas – 150mm x 69mm berwarna Unggu, RM50 – Kertas – 145mm x 69mm berwarna Hijau bercampur biru, RM20 – Kertas – 145mm x 65mm berwarna Jingga, RM10 – Kertas – 140mm x 65mm berwarna Merah, RM5 – Polimer – 135mm x 65mm berwarna Hijau dan RM1 – Polimer – 120mm x 65mmBiru


Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi

01 RM100 bm Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru Malaysia

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adlaah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.

Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi

02 RM50 bm Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru Malaysia

Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut

03 RM20 bm Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru Malaysia

Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Wang Kertas RM10 – Flora

04 RM10 bm Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru Malaysia

Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Wang Kertas RM5 – Hidupan Liar

05 RM5 bm Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru Malaysia

Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.

Wang Kertas RM1 – Sukan Tradisional

06 RM1 bm Fakta dan Gambar Menarik Tentang Duit Kertas Baru Malaysia

Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.


Sumber :- Darulaman.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog