pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, June 19, 2012

Kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri mendapat sambutan 10,000 di UiTM Merbok













Sungai Petani 19/06/2012 - Kehadiran YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ke program Himpunan Usahawan Mikro,Kecil dan Sederhana "JOM NIAGA" peringkat Negeri Kedah  anjuran SME CORP dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di sambut lebih dari 10,000 hadirin.


Turut sama dalam majlis tersebut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Ketua Perhubungan UMNO Negeri Datuk Paduka Ahmad Bashah, YB Datuk Hajah Suraya Adun Sungai Tiang (Pendang) merangkap Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Prof IR Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Censelor Universiti Teknology Mara (UiTM) dan Dato Haji Tajul Urus, Ketua UMNO Bahagian Merbok selaku tuan rumah.


Dalam Kenyataan YAB Muhyiddin Yassin "Rakyat haruslah merebut peluang menegak kesempatan yang di sediakan ini untuk menimba sebanyak mungkin pengetahuan mengenai dunia keusahawanan dengan mengunjungi pelbagai pameran dan pelbagai program aktiviti membabitkan keusahawanan yang di sediakan oleh Kerajaan"


"Bermula di Bachok Kelantan seterusnya Selangor, Melaka, Sabah, Serawak, Pahang dan kini Kedah, terbukti berkesan berdasarkan siri jelajah program Himpunan Usahawan" katanya.


Pada ketika ini Kerajaan Malaysia sedang giat menjalankan pelbagai program pembangunan Negara untuk memastikan agar kesejahteraan rakyat terus terbela.


Antara usaha Kerajaan Malaysia di bawah pemerintah YAB DS Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia adalah program mentransformasi ekonomi, program mentransfomasi luar bandar, program mentransformasi politik untuk bertujuan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang berpendapatan tinggi pada tahun 2020 bagi meneruskan impian bekas Perdana Menteri Tun Mahathir untuk melihat Negara mencapai wawasan 2020.


Setelah selesai program Himpunan Usahawan di UiTM Merbok, YAB Timbalan Perdana Menteri meneruskan programnya di Padang Terap menghadiri Jamuan Rakyat di Padang Felda Lubok Merbau, selepas itu beliau di jadualkan perjumpaan bersama bekas Perajurit,Polis dan Penjara sebelum berangkat pulang.-Pisau Kedah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog