pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, June 26, 2012

Bakal Ahli Parlimen Pendang akan menyokong komunis ??


mat sabun

Mat Sabu cuba untuk memindahkan rasa bersalahnya kepada pihak lain berhubung kenyataannya yang mengiktiraf dan menyanjung seorang anggota komunis yang pernah bernaung di bawah Chin Peng sebagai “wira kemerdekaan”.

Mat Sabu yang sedang tertekan dengan kes perbicaraannya berhubung isu Mat Indera yang dikatakan “wira” itu menjelaskan bahawa dia sedia memaafkan saksi pertama kes tersebut, Visvanathan a/l Muthu.

Namun dengan angkuh, Mat Sabu menjelaskan bahawa dia hanya memaafkan Visvanathan sahaja dan tidak memaafkan Utusan Malaysia yang menyiarkan kenyataannya melalui cetakan akhbar.

Persoalannya, apakah Mat Sabu fikir dengan memaafkan Visvanathan itu maka seluruh anggota keselamatan, termasuk anggota polis dan tentera, serta mangsa-mangsa kekejaman komunis di negara ini akan memaafkan dirinya?

Apakah Mat Sabu fikir Kanang Anak Langkau akan memaafkan Timbalan Presiden PAS yang menganggap anggota komunis itu sebagai “wira kemerdekaan”?

Apakah Mat Sabu fikir Kanang Anak Langkau sanggup meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan namanya dan nama-nama tokoh pejuang kemerdekaan lain seperti Leftenan Adnan, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan sebagainya?

Mat Sabu juga perlu memikirkan apakah seluruh keluarga mangsa yang dibunuh oleh pasukan komunis yang diketuai oleh Mat Indera itu sudi memaafkan dirinya yang mempertahankan kenyataan dangkal dan mencetus kemarahan mereka.

Saya ingin bertanya Mat Sabu. Sekiranya dia sendiri adalah mangsa kepada kekejaman Mat Indera dan komunis di Bukit Kepong dulu, apakah dia sendiri sudi memaafkan seorang individu yang menggangkat pengganas itu sebagai wira?

Seperkara yang utama yang perlu Mat Sabu sematkan di kepala otaknya itu ialah sejurus selepas kenyataannya disiarkan oleh media massa, termasuk video rakamannya ketika berceramah, boleh dikatakan seluruh keluarga mangsa yang terlibat sangat marah padanya.

Bukan setakat keluarga mangsa tragedi Bukit Kepong saja yang marah, malah boleh juga dikatakan hampir seluruh anggota dan keluarga tentera, polis dan pihak keselamatan lain yang terlibat pernah menjadi mangsa kekejaman komunis bingkas mengecam serta mengutuk pendirian Mat Sabu itu.

Sedarkah Mat Sabu bahawa dia belum lagi menerimas sebarang kemaafan dari anggota, bekas anggota dan keluarga mangsa tragedi Bukit Kepong serta mangsa-mangsa kekejaman pihak komunis?

Jadi, tak perlulah Mat Sabu berbangga sangat dengan SATU kemaafan yang diberikannya itu berbanding dirinya yang belum lagi menerima satu pun kemaafan dari RATUSAN RIBU mangsa dan pihak yang marah padanya yang membela komunis sebagai “wira”.

Sepeerkara lagi yang perlu saya ingatkan kepada Mat Sabu, janganlah suka meniru Anwar dengan membicarakan tentang kes yang sedang di dalam perbicaraan di mahkamah di khalayak umum memandangkan ia adalah satu tindakan yang salah dari sudut perundangan.

Apatah lagi isu yang dimainkan oleh Mat Sabu itu boleh mengguris hati rakyat yang pernah dizalimi oleh pengganas komunis. Jangan paksa rakyat bangun menghalau Mat Sabu pula dari masuk ke kawasan mereka menjelang PRU ke-13 ini. Susah Mat Sabu nak bergerak untuk berkempen nanti!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog