pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, June 20, 2012

Pehh PANAS !!!.. Nik Aziz dan Azizan Razak akan melompat bila baca artikel ini


azizan 2

Sebelum ini ramai pemimpin Pakatan Haram yang cuba meracun pemikiran rakyat dengan menyatakan bahawa golongan profesional di negara ini lebih memilih mereka berbanding UMNO atau BN.

Ada yang malas berfikir, sudah tentu akan percaya dengan kata-kata propaganda tersebut. Namun bagi mereka yang menggunakan otak dan tidak mensia-siakan akal mereka, sudah tentu mereka tidak akan terpedaya dengan dakyah dangkal tersebut.

Semalam, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar menegaskan bahawa Kelantan yang dipimpin oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, terkebelakang selama 40 tahun.

Dalam ertikata lain, beliau menjelaskan bahawa negeri pimpinan “nabi” PAS itu ibarat mundur 40 tahun ke belakang!

Memperjelaskan kenyataannya, beliau yang merupakan seorang profesional menyatakan bahawa rakyat di negeri itu menghadapi masalah pemimpin-pemimpinnya yang terlalu suka berpolitik dan kurang bekerja.

Ekoran terlalu banyak berceramah, berkuliah dan bertazkirah yang bertemakan POLITIK, para pemimpin PAS di negeri itu dikatakan mengabaikan tanggungjawab mereka mentadbir negeri itu dengan baik.

Antara kegagalan yang jelas di Kelantan ialah kurangnya prasarana dan infrastruktur asas seperti jalan raya dan sumber air bersih sehingga ia menjejaskan kehidupan rakyat di Kelantan.

Ia mengakibatkan para pelabur enggan masuk melabur ke negeri itu dan menyebabkan pertumbuhan ekonomi terbantut serta menjadikan faktor penyebab penghijrahan anak-anak Kelantan untuk keluar dari negeri itu mencari rezeki di negeri lain.

Saya faham, mungkin ramai yang mencebik bibir mengejek dan menganggap kenyataan tersebut sebagai satu serangan berbaur politik. Padahal, kenyataan tersebut tiada kena mengena dengan politik pun.

Memang benar pemimpin PAS Kelantan suka berpolitik. Meskipun bertindak lebih 20 sebagai kerajaan negeri, para pemimpin di negeri itu sangat gemar berceramah di atas pentas seolah-olah mereka masih lagi pembangkang.

Dan akibatnya, kemajuan sosio-ekonomi di negeri itu terbantut dan Kerajaan PAS Negeri Kelantan tidak punya alasan lain yang lebih baik selain menyalahkan Kerajaan BN Pusat di atas kelemahan diri mereka itu.

Padahal, mereka mendapat bantuan peruntukan penuh sebagaimana negeri lain.

Begitu juga di Kedah. Di Kedah, Azizan Razak sedang bertindak sebagaimana Nik Aziz pada awal pentadbirannya. Dia gunakan apa saja sumber kekayaan yang ada di dalam negeri untuk menjana pendapatan kerajaan negeri.

Di negeri Kedah, sumber pendapatan negeri yang paling mudah ialah peruntukan kemudahan asas dari Kerajaan Pusat dan sumber pembalakan merupakan sumber yang paling mudah serta tidak perlu difikir oleh Azizan Razak.

Wang peruntukan yang dikhaskan untuk penyelenggaraan dan membina jalan raya baru di negeri Kedah dipergunakan sepenuhnya oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah. Hasilnya, mereka berjaya “mencuri” lebih RM93 juta dari peruntukan tersebut.

Dari sumber balak pula, polisi “tebang habis-habisan sebelum PRU13” digunakan Azizan untuk mengaburi rakyat, kononnya dia pandai menguruskan sumber balak di Kedah. Padahal, dia tebang ikut suka hati hutan-hutan simpan di Kedah tanpa belas kasihan.

Hasilnya, dia berjaya mengaut lebih RM80 juta tahun lalu. Terima kasih kepada hutan-hutan yang berjaya digondolkan dengan alasan “Ladang Sejahtera”. Namun yang peliknya, hutan-hutan sudah gondol, tapi ladangnya masih tiada!

Peliknya, tiada pembangunan baru di negeri Kedah. Tiada sumber ekonomi pun untuk rakyat. Jalanraya makin teruk dan gunung ganang yang sedikit di Kedah makin gondol. Tiada pula perancangan masa depan pembangunan untuk rakyat…

Mana perginya hasil kekayaan yang dikat Azizan itu? Khabarnya wang tersebut digunakan untuk membayar gaji kakitangan awam negeri. Selebihnya bakal digunakan untuk tabung PAS bagi menghadapi PRU13? Benarkah begitu Azizan?

Jika tidak benar, mengapa rakyat tidak merasa hasil peruntukan jalanraya dan balak yang dikaut di dalam tabung itu? Takkanlah Azizan nak mundurkan Kedah sebagaimana Kelantan dimundurkan Nik Aziz? Boleh Azizan jawab?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

penduduk kelantan bangang sebab masih memilih musibat batu jadi menteri besar...

yg musibat tua moshe nik ajis ni kira nak pegang jawatan sampai mampos sebab terlampau mengikut telunjuk anjing pakatan...

pejuang hamas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog