pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, June 26, 2012

Video Panas !!! Geng PERKASA mengamuk minta 3 duta Singapura di hantar balik

 


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini menuntut Singapura memohon maaf atas dakwaan cuba mencampuri urusan negara dengan menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 April lalu.

Sehubungan dengan itu seramai 150 orang ahli PERKASA hadir di pejabat Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura hari ini menyerahkan surat bantahan penglibatan tiga pegawai diplomatik negara itu yang didakwa menyokong perhimpunan di ibu negara tempoh hari.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali bersama kepimpinan PERKASA menyerahkan surat bantahan itu kepada Setiausaha Pertama, Tan Chin King dan Setiausaha Politik Singapura, Haris Rasdi Chai.

Ibrahim mendakwa PERKASA mewakili rakyat Malaysia mengecam keras penglibatan ketiga-tiga pegawai diplomatik itu selain menuntut Singapura memohon maaf.

"Surat bantahan ini menunjukkan kutukan kami di atas penglibatan pegawai Singapura di Perhimpunan BERSIH 3.0.

"Tindakan ini mencerminkan Singapura cuba mencampuri urusan negara Malaysia. Kita menuntut agar kerajaan Singapura meminta maaf kepada kerajaan dan rakyat Malaysia," kata beliau kepada media.

Walau bagaimanapun, Kementerian Luar Singapura beberapa hari lalu menafikan bahawa rakyat republik itu terlibat dalam penyertaan perhimpunan BERSIH 3.0 selain menegaskan tiga diplomat berkenaan berada di lokasi sekadar bertindak selaku pemerhati.

Malah Singapura turut menolak dakwaan ketiga-tiga individu terbabit memakai baju-T berwarna kuning.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog