pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, June 21, 2012

Skuad Kenari rebah lagi apakah ini kesalahan pemain atau kebodohan pengurusan ??




ALOR SETAR - Prestasi Kedah dalam Liga Super semakin tidak memberangsangkan selepas berehat hampir sebulan, malah kedudukannya yang kini berada dua tercorot jelas menghampakan perasaan penyokong setia mereka selama ini.

Kalah kepada Kelantan 2-1 pada minggu lalu dan terbaru kepada Johor FC dengan jaringan sama melengkapkan nasib malang Hijau Kuning untuk merekodkan sembilan kekalahan setakat ini.

Terbaru ulasan Ketua Jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan selepas tewas kepada Johor FC Selasa malam lalu membuktikan beliau semakin kehabisan ikhtiar dalam meningkatkan kembali mentaliti dan semangat pemain Hijau Kuning yang semakin hilang punca.

Dibarisi ramai pemain berpengalaman dan bertaraf bintang seperti Khyril Muhymeen, Baddrol Bakhtiar, dan Mohd Sabree Abu, selain dibantu dua pemain import berpengalaman, Abd Elfatah Safi dari Magribi dan Vedran Gerc dari Croatia, mereka masih belum mampu melakukan sesuatu buat pasukan.

Sama ada salah taktikal, formasi mahupun tidak mengikut arahan, semua itu perlu dilihat kembali untuk memastikan Hijau Kuning terus mampu beraksi dalam Liga Super pada musim depan.

Menyelusuri maklum balas di laman sosial dan blog sukan di seluruh tanah air, rata-rata rakyat Kedah, terutamanya penyokong tegar Hijau Kuning seolah-olah sudah hilang sabar dengan persembahan hambar pasukan kesayangan mereka yang dipamerkan pada musim ini.

Malah, ada juga suara-suara yang membayangkan Kedah pasti menjadi calon tepat untuk turun pangkat ke Liga Perdana pada musim depan sekiranya gagal menyaingi pasukan tercorot, Kuala Lumpur pada pertemuan ke-20 di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.

Sementara itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah pada masa sama turut menerima desakan daripada peminat agar melakukan sesuatu dalam usaha menyelamatkan maruah sukan kegemaran nombor satu di negeri Jelapang Padi ini.

Pengerusinya, Nor Asmadi Hamzah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, malah perkembangan berkenaan mampu membuatkan penyokong tidak berminat untuk bertandang ke SDA lagi.

Katanya, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) perlu membuka mata dan mengambil pendekatan drastik bagi tempoh beberapa baki perlawanan dan harapan untuk kekal dalam saingan Liga Super pada musim depan masih ada jika bermula dari sekarang.

“Di mana sahaja bila bercakap pasal mutu bola sepak Kedah sudah tidak ada pujian, malah perasaan tidak puas hati diluahkan mereka hari ini dan masing-masing menuntut perubahan dan KFA perlu menyelesaikan segera masalah ini.

“Sebelum ini, sudah ada dua gelombang demonstrasi diadakan peminat untuk mendesak perubahan di peringkat KFA dan kami tidak mahu gelombang ketiga menyusul sekali lagi dalam masa terdekat ini,” katanya. - sinarharian


Pisau Kedah :-


Pisau Kedah rindukan zaman kegemilangan bola sepak Kedah di zaman Dato Othman Aziz, menjulang nama Kedah di persada bola sepak Negara. Pisau Kedah pernah berjumpa dengan Dato Othman Aziz dan beliau kini sedih dengan reputasi bola sepak Kedah yang dahulunya di geruni lawan.


Jika di tanya kepada permain pasti mereka memerlukan khidmat Dato Othman Aziz, kerana dari sumber yang Pisau Kedah dapat, permain cukup rapat dengan Dato Othman Aziz dan Dato Othman Aziz memahami kehendak pemain Kedah sehinggakan Dato Othman Aziz merupakan tempat mereka meluahkan masalah mereka.


Sikap seperti Dato Othman Aziz yang di perlukan untuk menjadi pengurus, bukannya seperti apa yang terjadi sekarang ini yang terlalu menekan tanpa ada pihak yang mendengar keluh kesah dalam hati mereka, dan dari maklumat yang sama juga, rata-rata permain dah muak dengan pengurusan sekarang ini terlalu teruk.


Kepada penyokong Skuad Kenari apakah anda mampu mendengar lagu ini dalam keadaan Skuad Kenari sentiasa Kalah?


Kembalikan maruah bola sepak Kedah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog