pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, June 29, 2012

Panas !!! benarkah Cikgu Normala dah hilang maruah di dalam PAS ??


Beberapa minggu yang lepas, dunia alam maya digemparkan oleh pendedahan dari blog
penaksj.wordpress.commengenai bekas calon PAS ketika PRK Tenang iaitu Cikgu Normala. Beliau dikatakan begitu kecewa dengan PAS Negeri Johor yang telah 'membuang' beliau disebabkan kekalahan beliau ketika PRK dahulu.

GR juga diberitakan perkhabaran beliau ingin memasuki UMNO betul kuat dengan sumber-sumber yang memberitahu pelbagai janji bulan dan bintang diberikan pada Cikgu Mala oleh PAS Johor. Tapi itu semua hanyalah janji manismu PAS Johor kepada Cikgu Mala.

Normala Sudirman yang asalnya seorang guru kemudian terpaksa meletak jawatan kerana dipilih menjadi calon PAS dalam pilihanraya kecil Dun Tenang pada awal 2011. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya kerana beliau kalah dalam pilihanraya berkenaan. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Kejar jawatan YB tak dapat jawatan guru yang dipegang dilepaskan. Inilah juga orang kata "Orang tamak selalu rugi, macam anjing dan bayang-bayangnya"....

Sewaktu baru-baru kalah Normala masih lagi dijulang oleh PAS dan diheret ke hulu dan ke hilir kononnya sebagai ikon baru PAS. Kebetulan dia juga mempunyai wajah yang sedikit cantik. Empat ke lima bulan selepas itu Normala tidak lagi dihargai PAS. Kenapa begitu Cikgu Mala? Boleh tolong jawab tak??

Memandangkan beliau telah meletak jawatan sebagai guru , maka beliau bercadang untuk pergi lebih jauh dalam politik. Lalu beliau mencuba nasib untuk bertanding sebagai AJK PAS Pusat dalam pemilihan pada pertengahan tahun 2011.

Jika diikutkan cara PAS julang beliau selepas beliau kalah bertanding pilihanraya dan diberi gelaran sebagai ikon baru, beliau sepatutnya menang top 5 dalam 18 calon yang dipilih. Sungguh mengecewakan apabila beliau langsung tidak terpilih AJK PAS Pusat. Sudah jatuh ditimpa tangga, jawatan guru dilepas, nak jadi YB DITOLAK rakyat, nak jadi AJK PAS DITOLAK pula oleh ahli-ahli PAS. Macam mana ni Cikgu Mala? Kalau sudah jadi pendidik anak bangsa tu, kenapa tidak diteruskan saja....

Nama Normala yang sebelum itu kembang mekar dan harum subur makin lama makin layu. Orang-orang PAS sudah tidak ingat lagi kewujudannya. Undangan ceramah juga makin lama makin berkurangan.

Setelah berhenti sebagai guru dan kalah bertanding pilihanraya Normala hilang punca pendapatan. Wang ada banyak dikeluarkan semasa bertanding. Undangan ceramah menjadi pendapatan beliau. Apabila undangan ceramah berkurangan , maka pendapatannya juga kurang. Sumber dalaman PAS Johor memberitahu GR, Cikgu Mala terpaksa menanggung hutang ketika bertanding pilihanraya. PAS langsung tidak bertanya khabar tentang kedudukan ekonomi beliau. Difahamkan semakin hari beliau semakin tertekan dengan kedudukan ekonomi keluarganya.

Lalu muncullah berita yang mengatakan beliau akan masuk UMNO kerana berpatah arang berkerat rotan dengan PAS yang tidak mengambil peduli atau bertanya khabar dengannya tentang hutang-hutang yang ditanggungnya untuk bertanding dalam pilihanraya, dan juga tidak menghargai pengorbanannya melepas jawatan sebagai guru untuk menjadi calon PAS.


Dengan secara tiba-tiba jugalah Cikgu Normala muncul menafikan yang beliau akan masuk UMNO dan mengugut akan menyaman blog yang menyiarkan berita berkenaan. Yang menjadi kemusykilan, kenapa Cikgu Normala membuat sidang media di Pejabat PAS W.Persektuan KL, kenapa tidak dibuat saja di pejabat PAS Johor? Bukankah ini sudah menampakkan bahawa ada yang tak kena perhubungan antara Cikgu Normala dan PAS Johor. Benarkah begitu Cikgu Mala? Di pejabat PAS Johor tidak ada kelengkapan dan tempat untuk buat sidang media ker??

Pembaca lihatlah sendiri inikah perjuangan Islam yang dilaungkan oleh PAS. Sedangkan kebajikan dikalangan mereka sendiri juga tidak boleh mereka laksanakan, inikan pula untuk menjaga kebajikan rakyat Malaysia. Hancurlah jawabnya.....Renung-renungkan!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog