pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, June 26, 2012

Di sebabkan Buku Jingga PAS hilang maruah - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)


AIDCNews – 25/06/12 – Perjuangan PAS menegakkan Negara Islam bakal terbantut jika parti itu terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR) yang diikat oleh satu manifesto yang dipersetujui bersama berlandaskan Buku Jingga. 
Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata PR yang berpegang kepada Buku Jingga tidak pernah meletakkan Negara Islam sebagai perkara yang disepakati bersama. 
“Bagi saya jelas di sana adalah batasan limitasi yang dipersetujui bahawa PR dalam konteks Buku Jingga bukan memperjuangkan Negara Islam. Itu disepakati bersama,”katanya. 
Katanya lagi, DAP dan PKR tidak menakrifkan ‘Negara Berkebajikan’ yang diperkenalkan oleh PAS bukan penjenamaan semula konsep Negara Islam yang dipegang oleh parti itu selama ini dan dan oleh kerana itulah maka DAP boleh terus bersama PAS dalam PR. 
“Daripada pilihanraya yang dulu pernah berlaku, DAP keluar daripada pakatan dengan PAS, apabila PAS bertegas dengan Negara Islam. 
“Tapi kali ini, kenapa DAP boleh bersama..kerana PAS bertuju membuang istilah Negara Islam..maknanya DAP atau PKR menakrif konsep Negara Berkebajikan dengan takrif dia, dan PAS terikat di situ,”katanya. 
Abdullah Zaik berkata demikian ketika menjadi panel program Dalam Radar Khas yang bertajuk ‘Malaysia Negara Berkebajikan, Dasar Baharu atau Amalan Sedia Ada’ anjuran Bernama Radio 24 di Wisma Bernama, 21 Jun. 
Selain itu, dua orang lagi ahli panel juga turut serta, mereka adalah Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dan Dr Fadlan Othman, Pengerusi Ulama Muda UMNO. 
Sementara itu, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden 2 ISMA manyarankan PAS agar mengkaji semula tahaluf siyasi (kesepakatan) parti itu dengan DAP. 
“Saya tidak mengatakan tahaluf itu haram secara mutlak, tetapi hukum tahaluf itu sangat ketat dan perlu dijaga dari semasa ke semasa. 
“Jadi saya menyarankan PAS membincangkan kembali tentang tahaluf ini dan membuka perbincangan tentang strateginya,” ujarnya. 
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira lebih 1000 hadirin di dalam program Bual Bicara Bersama Facebookers anjuran Pejabat Kerajaan Negeri Kelantan di Balai Islam Kota Bharu baru-baru ini.


Negara Berkebajikan PAS Bakal Ancam Islam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog