pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, June 15, 2012

Sah !!! Ambiga dapat dana luar untuk huru-harakan Malaysia


AIDCNews – 15/06/12 – Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga mengesahkan bahawa badan bukan kerajaan (NGO) telah menerima sumbangan sebanyak RM90 ribu dana asing untuk menjalankan operasi NGO pimpinannya itu.
Ambiga seperti dilaporkan Antarapos membuat pengakuan itu di laman sembang bersama ‘Yahoo News Malaysia’ yang bermula pada jam 3 petang semalam.
Soalan: Berapa banyak sumbangan telah diterima daripada badan asing untuk Bersih?
Jawapan: Kami telah menerima kira-kira RM90 k + untuk projek tertentu ke atas persempadanan yang telah digunakan pada tahun lepas. Kami tidak menerima sebarang bantuan kewangan asing lain.
Walau bagaimanapun Ambiga hanya memberitahu maklumat jumlah dana asing itu tanpa memberikan sebarang bukti konkrit yang boleh dipercayai.
Pada 27 Jun tahun lalu, ketika penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0, Ambiga diasak tentang persoalan dana asing, akhirnya beliau mengaku kepada pemberita bahawa BERSIH pimpinannya telah menerima ‘sejumlah kecil sumbangan’ daripada dua organisasi Amerika Syarikat (AS) iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI).
NDI adalah salah satu cabang NED (National Endowment For Democracy) sebuah yayasan yang bertopeng demokrasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat, diketuai oleh Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara AS.
OSI pula adalah yayasan yang juga bertopeng demokrasi yang dimiliki oleh penyangak mata wang Yahudi, bernama George Soros, individu yang pernah merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.
Namun, ketika diwawancara Malaysiakini 13 Ogos 2011, Ambiga kelihatan berdolak dalih tentang fakta sebenar penerimaan dana asing itu.
“Saya langsung tidak ada halangan untuk mendedahkan semua itu… Kami memang bercadang mendedahkan perkara ini, tetapi malangnya pihak polis telah merampas semua rekod-rekod kami. Semuanya ada.
“Mereka (polis) menahan tujuh kakitangan NGO itu (Empower) dan merampas beberapa kemeja-T BERSIH 2.0 dan dokumen lain termasuk rekod derma dan dana yang diterima”, kata Ambiga yang menyalahkan tindakan pihak polis menggeledah pejabat Empower di Petaling Jaya pada 19 Jun lalu sebagai punca kenapa butiran terperinci tidak dapat didedahkan.
Namun semakan di laman web bersih.org, dalam kolum ‘Support Us!‘ sumbangan kepada BERSIH 2.0 dibuat atas nama ALIRAN (Aliran Kesedaran Negara), sebuah NGO hak asasi yang diterajui P Ramakrishnan, berpengkalan di Pulau Pinang dan tidak ada kena mengena dengan siasatan polis di pejabat Empower di Petaling Jaya.
Kenyataan Ambiga di atas menunjukkan beliau sengaja menyembunyikan tentang fakta sebenar derma dan dana asing. Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Ambiga mendakwa rekod derma dan dana disimpan di pejabat Empower, tetapi semakan di laman web rasmi BERSIH 2.0 sendiri, menunjukkan sumbangan dermaaorang ramai dimasukkan ke dalam akaun Aliran, Account No: 507 246 118 995, Malayan Banking Berhad, Branch: Green Lane, Penang, Malaysia.
Jika semua sumbangan dimasukkan ke dalam akaun BERSIH 2.0 (Aliran), sepatutnya tidak menjadi masalah kepada Ambiga untuk mendedahkannya. Ini kerana, pejabat Aliran di Pulau Pinang tidak digeledah polis dan penyata kewangan derma 2.0 masih selamat di bawah jagaan Maybank.
Akaun Maybank Aliran itu hanya untuk derma orang ramai, maka akauan bank manakah pula untuk dana asing OSI dan NDI ?
Satu lagi fakta menarik yang didedahkan Ambiga tentang BERSIH adalah kakitangannya yang mengerakkan perhimpunan itu terancang dan berbayar.
“Sesetengah wang itu juga digunakan bagi membayar gaji kakitangan Empower, sebuah NGO yangbertindak sebagai sekretariat BERSIH 2.0, serta elaun bagi sukarelawan lain”.
Jika kakaitangan Empower dibayar kerana kerja-kerja kesukarelawanannya, adakah Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan semua jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 juga turut dibayar ?
Siapa pula sukarelawan lain yang dibayar itu, berapa ramai jumlahnya ?
Maknanya, kenyataan di atas mengundang seribu misteri yang perlu dijawab oleh BERSIH untuk membuktikan badan mereka bertanggungjawab, bersih dan telus.
Kaitan BERSIH dengan dana asing juga menarik perhatian wartawan Barat.
Tony Cartalucci, penyelidik dari Land Destroyer Report yang berpengkalan di Bangkok secara konsisten menyoal motif penerimaan dana asing itu dalam dua artikelnya bertajuk “CIA Coup Army Uncovered in Asia” dan “Globalist Sedition takes to Malaysian Streets
Menurut Cartalucci rangkaian BERSIH di Malaysia bukanlah entiti yang berasingan, malah ia merupakan salah satu daripada rangkaian-rangkaian NGO yang ditaja oleh yayasan dana yang berpengkalan AS yang dinamakan NED (The National Endowment For Democarcy).
Katanya, kaitan ini sangat jelas, apabila aktivis-aktivis BERSIH di Malaysia ditahan polis, NGO-NGO tajaan NED di Thailand bangkit mengadakan demonstrasi di Kedutaan Malaysia, Bangkok mempertahankan sekutu-sekutu mereka di Malaysia itu.
NGO-NGO tajaan NED yang berpengkalan di Thailand itu adalah Prachatai (portal media) dan People’s Empowerment Foundation.
Dalam konteks Malaysia kedua-dua NGO itu dapat disamakan seperti portal media Malaysiakini dan Empower (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) yang diterajui Marina Chin Abdullah.
Wartawan Barat itu menambah kaitan campur tangan NED semakin jelas apabila individu yang disebut-sebut sebagai dalang sebenar BERSIH, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan ‘ahli panel pemilih Anugerah Demokrasi‘ (Democracy Award) dan ‘ahli panel majlis penyerahan bantuan dana antarabangsa‘ yang kedua-duanya dianjurkan NED.
Menurutnya lagi, rekod Anwar yang sentiasa mengikut jalur kumpulan zionis antarabangsa dan neocon seperti pernah dilantik sebagai ‘Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa ‘(IMF) pada 1998 dan direkrut sebagai ‘pensyarah di SAIS, Universiti John Hopkins yang merupakan sarang kumpulan zionist/neocon serta dilantik sebagai perunding Bank Dunia mengesahkan lagi Anwar adalah alat naungan Zionis.
“Tepat sekali jika dikatakan pergerakan politik pembangkang Anwar yang wujud sekarang ini di Malaysia mendapat sokongan daripada gerombolan-gerombolan petualang tersebut (zionis) yang beliau dampingi sejak sekian lama.
“Juga memang benar, gerombolan jalanan, iaitu BERSIH yang dijadikan oleh Anwar sebagai proksi yang kini dikenali sebagai BERSIH 2.0 telah mendapat latihan, sokongan dan bantuan kewangan daripada NDI, yang merupakan salah satu cabang dibiayai NED”, katanya.
Menurutnya bukti semakin jelas apabila dalam laman web NDI mengakui bahawa badan mereka terlibat secara langsung dalam melatih dan memberi bantuan kepada BERSIH.
Bukti semakin jelas, menurut Cartalucci, apabila S Ambiga Sreevenasan sendiri mengakui kepada portal berita Malaysia, The Malaysian Insider bahawa badannya menerima dana asing dari NDI dan OSI.
Seorang lagi penyelidik Barat, Nile Bowie mempersoalkan motif yang sama dalam artikelnya bertajuk “Malaysia : BERSIH 2.0 Mass Demonstrations – Funding Unrest” .
“Pengerusi BERSIH 2.0 S Ambiga sendiri mengaku kepada media bahawa pergerakan tersebut menerima pembiayaan daripada dua buah organisasi yang berpusat di AS. Kedua-dua organisasi berkenaan, iaitu NDI dan OSI yang dimiliki George Soros, telah menyalurkan sejumlah wang yang tidak diketahui jumlahnya kepada BERSIH.
“Badan-badan pemikir dan kumpulan-kumpulan perisikan Amerika itu kesemuanya berpangkalan di AS, dan sentiasa dikaitkan dengan agenda Amerika dalam usaha mempengaruhi Dasar Luar AS. Badan-badan tersebut juga bergerak mempengaruhi pandangan dunia terhadap beberapa orang pemimpin negara lain.
“Gerakan mempengaruhi tanggapan ini dilakukan secara aktif melalui kaedah membiayai pergerakan-pergerakan pembangkang menerusi kebangkitan revolusi warna, yang seterusnya akan membawa kepada pelantikan pemimpin-pemimpin yang bersedia bersekutu dan mempunyai tanggapan positif terhadap establishmen Anglo-Amerika dan petualang-petualang korporat antarabangsa”, katanya.
Menurutnya rekod penglibatan Soros di Malaysia sudah bermula sejak tahun 1990-an lagi, ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Ketika itu, Soros berperanan meranapkan ekonomi Malaysia dalam krisis ekonomi 1997, dengan harapan Dr Mahathir berundur dari jawatan PM dan Anwar Ibrahim merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan segera mengisi jawatan nombor satu di Malaysia.
“Anehnya, George Soros, petualang antarabangsa dengan reputasi yang sukar diterima rakyat Malaysia, dengan mudah mempengaruhi Ambiga Sreevenasan supaya menerima dana daripada Open Society Institute, dan dengan bangga mengisytiharkan kononnya BERSIH 2.0 “dibiayai sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Apa yang dinyatakannya itu bohong semata-mata dan perlu dipandang serius.
“Secara terang-terangan George Soros merupakan tokoh yang membiayai pergerakan-pergerakan pembangkang dalam krisis kebangkitan di Asia Barat dan Afrika Utara. Tindakannya membuka jalan kepada pelantikan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Mohamed ElBaradei dan konco-konco berpemikiran sama dengan badan-badan berpangkalan di AS.
“Para pembelot seperti ini dengan bangga dan terbuka memperalatkan bangsa sendiri dalam usaha merampas kuasa. Dengan menggunakan pendekatan imperialisme terselindung sebegini, Soros seterusnya berjaya menyalurkan dana kepada badan-badan tertentu bagi mencorakkan perlembagaan baru untuk negara Mesir.
“Pengaruh Soros ke atas media arus perdana amat menakjubkan. Stesen TV Fox News melaporkan bagaimana lebih 30 buah organisasi berita terkemuka menerima wang kotor daripada beliau. Dalam keadaan begini maka tidak hairanlah kita melihat kandungan berita lebih memihak kepada agenda yang didalanginya”, katanya.
Selain wartawan Barat, individu pertama yang membangkitkan persoalan dana asing dalam penajaan BERSIH adalah bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional, Profesor Dr Chandra Muzaffar.
Dr Chandra dalam kenyataannya kepada AIDCNews pada 5 Julai 2011 berkata kemungkinan besar BERSIH ditaja oleh dana asing termasuk dari penyangak matawang Yahudi, George Soros berdasarkan maklumat yang diperolehinya dari sumber yang boleh dipercayai.
Beliau mendakwa Pengarah Projek Burma dan Inisiatif Asia Tenggara, bagi Open Society Foundations (OSF), yang bernama Maureen Aung-Thwin, telah hadir di ibu negara pada 27 Jun hingga 2 Julai tahun lalu untuk bertemu dengan pemimpin pembangkang dan penganjur BERSIH.
Kehadiran pegawai Soros ke Malaysia itu beberapa hari sebelum berlangsung perhimpunan haram BERSIH 2.0.
Open Society Foundations (OSF) adalah nama lain kepada OSI, sebuah yayasan dana milik Soros yang bertujuan meluaskan pengaruh AS di seluruh dunia.
Menurut Dr Chandra, Maureen pernah bertemu dengannya pada tahun 1999 untuk menawarkan dana membiayai Parti Keadilan bagi menghadapi pilihan raya umum tahun itu.
Menurutnya lagi, sebarang penerimaan dana atau bantuan dari Soros dilihat mencabar kedaulatan negara kerana penyangak matawang Yahudi itu pernah menyebabkan krisis matawang di Malaysia pada tahun 1997/1998.
Dakwaan Dr Chandra turut disokong oleh bekas Setiausaha Politik Anwar, Senator Ezam Mohd Nor.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog