pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, June 25, 2012

Panas !! Azizan dan Phahrorazi kembali bersengketa





Apa yang dapat Pisau Kedah lihat dalam isu pusat hiburan sebenarnya menunjukan pertelingkahan di antara Azizan Razak dan Phahrolrazi masih belum selesai sejak dari dahulu lagi, walau pun dari pandangan mata kasar seolah telah wujud pendamaian antara ke dua-dua pihak.

Phahrolrazi di serang secara halus oleh kalangan cybertropper PAS pro Azizan Razak dengan permasalahan isu pusat hiburan, mereka memain peranan di dalam menjatuhkan Phahrolrazi di dalam PRU 13.

Permainan cybertropper Azizan Razak cukup hebat, apabila mereka menyedari isu yang membabitkan pusat hiburan adalah di bawah tanggungjawap Phahrolrazi, mereka akan `memanaskan isu pusat hiburan supaya mendapat perhatian dari cybertropper BN dan cybertropper BN akan serang PAS.

Apabila PAS di serang cybertropper BN, pengikut totok PAS akan merasa marah kepada Phahrolrazi, kerana isu ini merupakan tanggungjawapnya. apabila totok PAS marahkan Phahrolrazi maka sokongan terhadap Phahrolrazi akan kurang



Dalam kenyataan terbaru Azizan Razak MB Kedah bagaikan menambah penderitaan Phahrolrazi apabila mengesahkan kerajaan negeri mengeluarkan 4 lesen baru untuk pengusaha pusat hiburan kerana mengikut jawatan exco yang di berikan, Phahrolrazi merupakan individu yang bertanggungjawap dalam port folio yang telah di berikan yang berkaitan dengan kelulusan pusat hiburan

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan. 
Azizan berkata, kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat berkenaan adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan. 
“Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum…” katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kemunculan pusat hiburan ‘secara berleluasa’ di negeri ini. 
Azizan berkata, untuk rekod di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru. 
Selebihnya adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula selepas lama tidak beroperasi. 
Azizan tidak pula menyatakan jumlah pusat hiburan yang kembali aktif. 
Azizan berkata, semua pengusaha berkenaan akan diberi taklimat minggu depan mengenai etika perjalanan dan operasi pusat hiburan mereka. 
Taklimat ini turut disampaikan pihak berkuasa tempatan dan polis. 
“Kita akan panggil semua pengusaha pusat hiburan yang lama dan baru, tidak adil kalau kita bertindak terus, tetapi jika (selepas ini) mereka melanggar peraturan dan syarat ditetapkan, kemudian baru kita bertindak,” katanya. 
Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya pusat hiburan baru terbesar di Mergong, Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu. – BERNAMA


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog