pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, June 14, 2012

Panas !!! Blogger Double Y kantoikan Pakatan Haram kerana anak @NajibRazak



Bakal menantu PM DS Najib Razak didakwa terlibat dengan skandal penipuan AS$20 juta heboh diperkatakan oleh pemimpin hinggalah penyokong totok pembangkang. 

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada PM malah Pemuda PAS pula turut tampil menyatakan perasan 'bimbang' mereka di laman Malaysiakini :



Yang paling kelakar adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor di laman Malaysiakini semalam. Katanya beliau bimbang DS Najib Razak dijatuhkan hanya kerana isu remeh dan peribadi.

Jika PAS menganggap isu ini sebagai isu peribadi - kenapa pula Harakahdaily & Malaysiakini begitu ghairah mensensasikan berita ini?

Ironinya dari kenyataan beliau - ianya menggambarkan keadaan sebaliknya kerana jelas dilihat portal PAS turut mensensasikan isu ini seolah-olah ianya melibatkan soal pentadbiran politik negara. Walhal jika difikirkan Daniyar Nazarbayev langsung tiada kaitan malah tidak memegang apa-apa jawatan penting dalam pentadbiran negara.

Malah tajuk yang digunakan oleh Harakahdaily juga jelas memperlihatkan betapa ghairahnya mereka mensensasikan berita yang dianggap sebagai isu peribadi oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS :

[Capaikan Artikel]

Soal pemuda ini bersalah atau tidak, itu biarlah mahkamah Manhattan yang tentukan. Tetapi keghairahan pembangkang melalui Malaysiakini dan Harakahdaily memainkan berita yang ditulis oleh Dareh Gregorian dari The New York Post menunjukkan bahawa pembangkang memang tidak putus-putus cuba memusnahkan reputasi imej PM di peringkat antarabangsa.

Siapa Penulis Bernama Dareh Gregorian dari The New York Post?


Kita tahu bahawa The New York Post merupakan sebuah media yang pro Israel, dan amat membenci Demokrat. Serta kebanyakkan penulis serta wartawan akhbar ini merupakan mereka yang berfahaman liberal.

Selain itu kebanyakkan berita yang dilaporkan mereka berbentuk gossip dengan menggunakan tajuk-tajuk yang sensasi. Malah wartawan mahkamah iaitu Dareh Gregorian sebelum ini merupakan penulis gossip sebelum beliau menulis beralih arah sebagai wartawan mahkamah.

Walaupun beliau beralih sebagai penulis berita dari mahkamah, kebanyakkan berita yang ditulis oleh beliau semuanya berbentuk sensasi malah unsur-unsur gossip turut diselitkan. Ini terbukti apabila kebanyakkan pembaca berita yang dilaporkannya meninggalkan komen-komen negatif setiap kali beliau mengeluarkan laporan.

Kita lihat laporan berita mahkamah yang biasa ditulis oleh Dareh Gregorian, kebanyakkan beritanya menggunakan tajuk sensasi dan kes mahkamah yang ditulis oleh beliau kebanyakkan kes yang melibatkan selebriti dan juga individu terkenal di US : klik untuk baca lebih lanjut lagi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog