pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, June 1, 2012

Terbukti Azmin Ali seorang yang tidak patuh pada undang-undang



Agendadaily – Dicelah Azmin Ali tengah bersilat menghadapi isu dakwaan memiliki  jutaan ringgit dan harta bertimbun masa jadi Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat Timbalan Perdana Menteri dulu…ini ada satu hal lagi yang beliau perlu jawab.
Ia bukan soal Shamsidar dan juga bukan  hal politik.
Isunya soal disiplin diri seseorang dalam mematuhi undang-undang jalanraya.
Rabu tersebar di internet senarai saman trafik yang YB Azmin kena setakat 25 Mei,2012.Jumlahnya bukan sedikit….47 saman.
Semua saman itu belum dijelaskan.
Saman-saman ini kena pada keretanya yang pakai nombor plat glamour  BBM3. ( Berapa ringgit bida untuk nombor ini ? )
Ada kerana memandu laju dan ada kerana langgar papan tanda lalulintas.
Sebagai wakil rakyat yang sepatutnya mengamalkan kepimpinan melalui teladan…ini sudah kira foul.
Mungkin Azmin yang berjawatan Ahli Parlimen Gombak,Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Timbalan Presiden PKR boleh bagi alasan sibuk terpaksa segera berkejar ke sana kemari ‘mengejar undi’.
samanaaxx
Namun undang-undang tetap undang-undang.
Jangan pula kata samam-saman ini kerana pilihanraya sudah dekat.
Bukan satu,dua,tiga,10 atau 11 tetapi 47 kali.
Hati-hati di jalan raya…undi tidak boleh bawa mati.
Tidak tahulah samaada PKR nak tabur janji semua saman trafik ‘kira beres’ jika pakatan pembangkang menang PRU13.
Kalau PTPTN nak dimansuh…apa sangat saman trafik.
Janji macam itu memang ‘boleh jual’ untuk pancing undi.
Slogan yang cantik untuk bahan kempen itu ‘biar mati katak…asal undi pakatan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog