pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, June 13, 2012

Panas !!! Nizar mula spin isu no plat www 1 dengan mengatakan tak tahu milik Sultan Johor



KUALA LUMPUR: Selain PAS Johor, pucuk pimpinan parti itu turut mengambil pendirian berdiam diri dan enggan campur tangan berhubung kenyataan kontroversi bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang mempersoalkan pembidaan nombor plat pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor, bulan lalu.

Sebaliknya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menegaskan ketika mengeluarkan kenyataan itu menerusi laman Twitter Mohammad Nizar tidak mengetahui pemenang bidaan itu adalah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau menambah kenyataan dibuat Mohammad Nizar itu adalah pandangan peribadi dan bukan mewakili PAS.

"Beliau (Mohammad Nizar) keluarkan kenyataan atas nama peribadi bukan parti.

"Lagi pun semasa buat kenyataan itu beliau tidak tahu siapa yang menang nombor itu. Bukan beliau tuju kepada Sultan Johor," katanya kepada AntaraPos.com.


Mohamad juga mendakwa isu itu sengaja diperbesarkan media arus perdana selain menambah perkara itu sudah selesai.

"Ia sengaja diperbesarkan oleh media. Mohammad Nizar tidak tahu ia hak siapa.

"Ia sudah selesai, tak perlu perbesarkan," katanya.

Semalam PAS Johor mengambil pendirian berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen berhubung kenyataan kontroversi Mohammad Nizar yang mempersoalkan pembidaan nombor plat pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Ibrahim.

Menurut sumber AntaraPos.com, pimpinan tertinggi PAS Johor mengambil pendirian untuk tidak campur tangan dalam kontroversi itu.

Difahamkan pendirian itu dibuat demi menjaga hubungan dengan institusi diraja Johor.

Mohammad Nizar sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang dimenangi Sultan Johor dengan kos RM520,000.

Susulan kenyataan itu, pelbagai pihak mengkritik tindakan Mohammad Nizar dan telah membuat laporan polis terhadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu.

Mohamad Nizar kini disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. -antarapos

1 comment:

Anonymous said...

asah jadi kontraversi jee, kata pendapat peribadi...

sampai bila pas nak sembunyi belakang pendapat peribadi...

piiirahhhh....

nizar tu dah mmg kurang hajarr... kalau dah tau pi la mintak maap...

akaii ada kaa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog