pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, June 27, 2012

Tu Diaaa.. @NajibRazak buat PAS malu besar kerana Haji


KUALA LUMPUR 25 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau terkejut apabila Pas yang mendakwa sebuah parti Islam tergamak mementingkan kepentingan parti berbanding ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima.

Perdana Menteri berkata, Pas sanggup mengutamakan fardu kifayah berbanding fardu ain sedangkan Islam mensyaratkan ibadah haji tidak boleh dilewat-lewatkan jika berkemampuan.

“Percayalah bahawa kerajaan sentiasa pertimbang semua faktor untuk mengadakan pilihan raya dan saya akan pastikan pertimbangan itu selaras dengan kehendak Islam itu sendiri,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Sekretariat Ulama-Umara (Umum) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. – UTUSAN


Sejak dari awal lagi Pisau Kedah nak tergelak dengan isu yang di timbulkan oleh PAS berkaitan tarikh pilihan raya, sehingga sangup mendesak YAB DS Najib Razak menjaminkan tiada pilihan raya pada musim Haji. Tak cukup dengan mendesak Tok Najib, PAS juga mendesak ahlinya yang nak menunaikan Haji supaya menanguhkannya kerana bimbangkan pilihan raya akan diadakan pada musim Haji.

Diharapkan lepas ni PAS tak payah dok meroyan lagi sampai sangup nak sekat ahli dari nak pi Haji kerana Tok Najib dah menjaminkan kerajaan sentiasa pertimbangkan semua faktor untuk mengadakan pilihan raya dan Tok Najib akan pastikan pertimbangan itu selaras dengan kehendak Islam itu sendiri.

Dari segi logiknya tak mungkin YAB DS Najib Razak akan umumkan pilihan raya pada musim haji kerana ramai rakyat Malaysia akan menunaikan Haji dan tak semestinya semuanya yang menunaikan Haji itu nak undi PAS saja walau pun PAS menjaminkan Syurga PAS kepada siapa yang undi PAS.

Isu yang timbulkan PAS ni bagi Pisau Kedah hanya nak menarik perhatian dengan isu yang ditimbulkan supaya rakyat melihat Tok Najib dalam keadaan tertekan untuk mengadakan pilihan raya.

Kalau ya pun puak PAS nak buat Tok Najib dilihat dalam keadaan terdesak jangan la sampai melalut sehinggakan Rukun Islam boleh di jadi alat politik untuk menyerang Tok Najib.

Sebagai seorang Perdana Menteri yang beragama Islam, Tok Najib juga ada penasihat agamanya, tak perlu la PAS nak meroyan tak tentu pasal. PAS kena ingat Tok Najib juga ada otak untuk memikirkan masa yang sesuai untuk adakan pilihan raya.

Lain Kali PAS tak payahlah nak timbulkan isu yang boleh menampakan kebodohan PAS. Tak payahlah nak tunjuk PAS sebagai sebuah parti yang cukup gelojoh dalam satu-satu perkara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog