pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, June 16, 2012

Panas !!! Beranikah Khalid Samad menyahut cabaran ini ???


SUNGAI PETANI - Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim mencabar Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad untuk mendedahkan lebih banyak klip video atau cakera padat yang mengaitkannya dengan isu 'pembelian' Anggota Parlimen pembangkang.
Zamil berkata, tindakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor itu bukan sahaja bodoh malah memalukan kepimpinan pembangkang kerana beliau lupa bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berusaha membeli Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sehingga ke Taiwan.
"Saya nak ingatkan dia (Khalid), banyak rakaman tingkah laku membabitkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat disimpan rakan-rakan saya.
"....bila-bila pun boleh didedahkan, biar rakyat lihat dan nilai betapa buruknya kepimpinan pakatan pembangkang terutama PKR," katanya pada sidang media
mengulas tuduhan Khalid bahawa beliau terlibat dalam isu membeli wakil rakyat pembangkang oleh BN.
Di lobi Parlimen semalam, Khalid mendedahkan klip penuh video rundingan tawaran 'pembelian' Anggota Parlimen pembangkang.
Khalid turut menayangkan rakaman video menunjukkan lima orang termasuk seorang menyerupai Zamil yang merupakan pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah
Air (KITA) Kedah, sedang berbincang dengan pemimpin pembangkang.
"Jika benar sekali pun gambar dalam klip video itu adalah saya, tidak salah. Saya akan rasa puas dan seronok dapat memberi sumbangan kepada negara
dengan membawa mereka keluar daripada parti yang tidak layak mentadbir negara," kata Zamil.
Beliau berkata, jika benar klip video yang ditayangkan Khalid itu mengenai perbincangan membeli Ahli Parlimen pembangkang, ia tidak akan dilakukan di
restoran dan dihadiri pemandu.
Katanya, Umno dan BN sejak awal-awal lagi menolak pemimpin murahan yang boleh dibeli.
"Ramai wakil rakyat PKR menemui saya dan lebih 30 daripada mereka menyatakan tidak puas hati dengan sikap Anwar dan isterinya (Datin Seri Dr) Wan Azizah
serta Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin.
"Mereka ini dikategorikan gred C dan sedar tidak akan dipilih bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Kerana hubungan saya dengan Ezam Mohd Noor
rapat dan Ezam boleh mengatur pertemuan dengan pemimpin tertinggi Umno dan BN, mereka menemui saya untuk 'menjual diri.' Bagaimanapun Ezam menolak
mentah-mentah hasrat mereka apabila saya sampaikannya.
"Saya sanggup bersumpah mereka memaki hamun Anwar yang mereka dakwa pilih kasih," katanya.
Beliau menyifatkan Khalid sebagai kuda tunggangan Anwar dalam Pas dan menggunakan taktik parasit untuk membunuh karier politik rakan-rakan sendiri.
Zamil juga meminta Ahli Parlimen Shah Alam itu menjelaskan pertemuan selama dua jam antara mereka berdua di sebuah restoran Cina di Kajang dua tahun lepas semasa keanggotaan Khalid dalam Pas digantung.  - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog