pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, June 24, 2012

Bikin Panas !!! Terbukti Ku Li buat malu BN dengan pendedahannya


GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yakin kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu menangani kesan akibat kelembapan ekonomi di beberapa negara maju, termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan China. 

Beliau berkata, kerajaan bijak mengawal perbelanjaan negara dengan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan perdagangan ke negara maju terbabit.
Berikutan itu, katanya, Malaysia perlu mengambil langkah untuk berdepan kemungkinan kelembapan ekonomi turut merebak ke negara lain.
"Kita tidak boleh lari daripada pergantungan eksport dua hala dengan negara maju berkenaan, dan jika ekonomi mereka merudum, maka kita juga perlu bersedia menghadapinya," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Guru, Himpunan Guru dan Penyampaian Anugerah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat Parlimen Gua Musang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra Satu di sini hari ini. 

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mat Yusoff Ab Ghani, ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, dan ADUN Galas, Ab Aziz Yusof. 

Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan, percaya kepimpinan sedia ada di negara ini sudah membuat penelitian dan melakukan persiapan bagi menghadapi situasi tekanan ekonomi. 

Setakat ini, katanya, kerajaan mampu melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk faedah rakyat kerana masih mempunyai kewangan yang kukuh walaupun mengetahui kemerosotan ekonomi negara maju. 
Beliau turut menasihati rakyat supaya bersedia dengan memperbaiki kedudukan perbelanjaan dan tidak boros. - BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog