pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, June 28, 2012

Biduanita Kak Pah sah jadi pengundi PRU13



Pejabat Pos Besar di sini semalam menerima kunjungan pelanggan istimewa iaitu biduanita negara, Datuk Sharifah Aini yang hadir untuk mendaftar sebagai pengundi baharu pada pilihan raya umum akan datang.

Sharifah yang lebih mesra disapa Kak Pah berkata, walaupun rasa malu dan bersalah kerana sudah terlewat untuk mendaftar namun sebagai warganegara bertanggungjawab, semua itu terpaksa diketepikan demi memastikan masa depan negara akan terjamin.

Menurutnya, kesedaran itu timbul selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatinya agar berbuat demikian pada Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 Isnin lalu.

"Beliau (Ismail Sabri) memberitahu saya bahawa kerajaan sentiasa ingin membantu kami semua (golongan artis) dan oleh kerana itu, saya rasa ini adalah platform yang sesuai untuk menentukan siapa kerajaan yang ingin dipilih nanti.

"Pendaftaran hari ini (semalam) boleh dianggap sebagai hadiah hari jadi saya pada 2 Julai depan dan saya akan membuang undi di kawasan Parlimen Petaling Jaya," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam. -Kosmo





Pisau Kedah :-


Tahniah Kak Pah !!! Lepas ni jangan sapa - sapa dok tuduh Kak Pah sebagai pengundi hantu pulak di Petaling Jaya.


Pisau kedah juga tertarik dengan komen dari Kak Pah, Tak menghantam parti mana-mana pun walau pun tak menyatakan menyokong parti mana-mana pun, tak seperti beberapa orang artis yang fanatik sangat bila baru join parti politik.


Pisau Kedah tengok, la ni Pakatan rakyat sudah mengunakan artis sebagai trend nak tarik pengundi terutamanya PAS yang kian nazak berhadapan dengan PRU 13 kerana kehilangan pengundi atas pagar yang tidak mempercayai doktrin "Undi PAS masuk Syurga".


Pisau Kedah juga pelik dengan sesetengah artis ni. Bila baru belajar politik dah pandai hantam kerajaan tambahan pulak di ambil kesempatan oleh Pakatan Haram.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog