pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, June 19, 2012

Video Eksklusif !!! Dato Azeez Rahim mengamuk di Baling kerana PAS Kedah yang Zalim



Baling- Akibat pembalakan yang tidak terkawal, penduduk Kampung Iboi, Mukim Kupang terpaksa menanggung kesengsaraan yang berpanjangan setelah Sungai Lata Chelak yang menjadi sumber air untuk kehidupan seharian telah menjadi terlalu keruh.


Oleh kerana rasa bertanggungjawap terhadap rakyat, Dato Azeez Rahim selaku Ketua Bahagian Baling telah turun sendiri ke kampung tersebut untuk melihat kesengsaraan yang terpaksa di tanggung oleh penduduk kampung yang yang menjadi mangsa kezaliman Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS untuk mengaut keuntungan hasil balak.

Setelah berjumpa penduduk kampung, Dato Azeez di bawa meninjau kawasan pembalakan yang di lakukan yang boleh di katakan tidak di kawal langsung, pada masa yang sama juga Dato Azeez di bawa ke satu tempat memproses air masyarakat yang telah di politikan PAS kawasan tersebut setelah mendapat peruntukan dari tauke balak untuk membina tempat memproses air masyarakat yang baru kerana tempat memproses air masyarakat yang lama sudah uzur dan berada di kawasan pembalakan.

PAS kawasan tersebut mengunakan peruntukan yang di beri tauke balak untuk membina satu tempat memperoses air baru supaya di gunakan seluruh masyarakat kampung, namun setelah siap di bina tempat memproses air masyarakat berkenaan, PAS dengan bangganya mengatakan tempat memproses air masyarakat tersebut merupakan milik PAS kerana PAS merupakan pentadbir negeri.

Setelah tauke balak menyedari tindakan PAS kawasan tersebut mempolitikan apa yang di beri, tauke balak terpaksa mengeluarkan peruntukan tambahan untuk di bina tempat memproses air yang baru kepada penduduk yang di pinggirkan dari menikmati air masyarakat baru supaya tidak menjadi kecoh , namun peruntukan kali kedua hanya sedikit sahaja yang di beri tauke balak berkenaan berbanding peruntukan kali pertama kerana ianya membabitkan kos yang tinggi dan selebihnya terpaksa di tanggung oleh penduduk kampung yang di pingirkan dari mendapat air masyarakat saluran paip baru.

Setelah memahami masalah yang di hadapi majoriti penduduk kampung, Dato Azeez telah berjanji akan menyumbangkan sebanyak RM 10,000 bagi mempercepatkan pembinaan tempat memproses air masyarakat yang baru supaya majoriti penduduk mendapat dapat menikmatinya dan tak terletak untuk mana-mana parti politik walau pun PAS tetap menikmatinya.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog